Tuesday, 25 August 2009

Bila ada Kamu

?????
life is just so good for me this few weeks, walaupun kerja kat opis melambaks tapi saya tetap tenang hadapi dugaan kerja. it's all about him (u know la who u' re ) it's so funny la we both memang tak tegur sapa kalau bertembung. hidup ini indah sejak saya kenal dia, sejak berkawan dengan dia walaupun cuma di alam maya. Sebenarnya kami saling kenal in our reality life, tapi hakikatnya memang tak pernah pun berbual mata bertentang mata in our reality.


tarina
Almost 10 years i know him, then lost contact atas a few thing yang tak dapat dilelakkan  then at last ikatan kami terjalin kembali. cewahhhh. to the person (kalo terbaca ni jgn kembang laks ye). it's fun to know u even only in cyber. it's remind me to all the things happens when we're still at matriculation UPM (macam nak turn back time jek). Now masing-masing have our own family and a prefect life. all the best in your new job and new environment, berkhidmatlah untuk negara ye and may Allah bless you.

Monday, 24 August 2009

She used to be my friend.....

Just wanna share something, i just received sms from my click at university, we both were so close and share all those good and sad times together. After graduate i lost contact with her, only heard news and rumors about her from my others friends. all the news about her was not good and negative side. that's why i was so shocked that she sms me, mimpi apa minah sorang tu. actually banyak perkara yang saya dengar yang agak mengecewakan hati sebagai seorang teman. maybe my opinion and hers sangat bercanggah about something. yes, people says that a person can change to positive or negative it depends to what situation and what is the needs u want. and yes is true and happened in our life.

 

For me friendship is important in life even tough we had married to someone, have children's and enjoying our own life. i am not a person that can easily break a friendship or ignore any friendship i made. but in this situation yes i forgive her and i can be her friend but maybe not like as before. because it's really hurt....

Friday, 21 August 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

RAMADAN bakal menjelang lagi. Peluang keemasan ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua umat Islam dengan sebaik-baik mungkin. Malah kita perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup untuk membangkitkan motivasi agar dapat beramal dengan lebih baik.

Justeru, kita perlu memperbaiki azam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Antaranya, kita perlu memperbetul dan memperelokkan niat.

Kita perlu ikhlas bahawa ibadah ini demi Allah SWT semata-mata. Niat yang betul kerana Allah berupaya mendorong kita untuk lebih berusaha memperoleh pelbagai ganjaran.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dinilai berdasarkan niat dan bagi setiap orang apa yang dia diniatkannya. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna, kita perlu menumpukan kepada usaha mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah dan bukannya berlumba-lumba membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Perkara kedua ialah kita perlu bersedia daripada segi fizikal, mental dan material bagi meraih bonus yang tidak terhingga di bulan Ramadan. Umat Islam disaran menjaga kesihatan tubuh badan agar dapat berpuasa di siang hari.

Mereka juga perlu bersedia daripada segi mental untuk melawan nafsu tidur, makan dan keinginan lain yang boleh mengurangkan pahala ketika berpuasa.

Begitu juga seseorang perlu bersedia daripada aspek kewangan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Nabi Muhammad bersabda: Barang siapa yang memberi iftar (jamuan untuk berbuka puasa) nescaya akan diampunkan dosanya dan dibebaskan daripada api neraka.

Ketiga, kita perlu berazam untuk tingkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi ibadat puasa. Ini bermakna, kita perlu berazam untuk meningkatkan kualiti puasa. Ia boleh dilakukan dengan tidak membataskan puasa hanya dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Sebaliknya ditingkatkan dengan menjaga seluruh pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat. Di samping itu perkara-perkara wajib yang lain seperti sembahyang fardu dan menutup aurat juga turut dilaksanakan.

Keempat, kita perlu berazam untuk diberi peluang beribadat di malam Lailatulqadar. Ia adalah malam kemuliaan yang datang sekali setahun. Malam yang pahala beribadah padanya menyamai 1,000 bulan atau kira-kira 83 tahun 4 bulan. Justeru setiap individu Muslim perlu mempersiap diri untuk menjejaki malam itu.

Dan yang kelima, kita perlu sentiasa berharap dan berdoa agar ibadah puasa diterima oleh Allah. Setiap umat Islam perlu menaruh harapan tinggi agar puasanya diterima.

Oleh itu, kita digalakkan memperbanyak amalan sunat seperti bersedekah, tadarus al-Quran, iktikaf di masjid dan sebagainya bagi menampung kecacatan dan kekurangan ketika berpuasa.

Akhirnya diperingatkan juga agar sesiapa yang masih berhutang puasa agar segera mengqada puasa berkenaan. Kegagalan melunaskannya kemungkinan menyebabkan seseorang dinafikan daripada berbagai-bagai keistimewaan yang disediakan oleh Allah SWT di bulan Ramadan.

to my dear friends selamat menempuh bulan yang penuh dengan keberkatan ini.....

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru


Thursday, 20 August 2009

berkhidmat untuk negara

Actually at this moment i am quite busy with the reports to be checked and those additional s job to be done and also the LKAN job to be submit this ramadhan. While doing the maklum balas LKAN, i was so so tak sangka yang my desk, workstation full with papers, documents, reports and other letters and bla bla bla. tak ku sangka begini rupanya tempatku, buruk betul perangai kan tak reti nak kemas. hu hu. i don't have much time to clean my workstation, hai yaaaaaaa what about 5S? sentiasa amal? mana pergi nya? dah la my roomate adalah salah seorang fasilitator. malu arr tapi nak show gak la betapa terukla tempatku ini.


by the way akan ku pastikan ianya kemas dan sentiasa tersusun selepas LKAN slow down a bit. anyway congrat's to treasury for 5s


Monday, 17 August 2009

Apa itu H1N1 ?

Penerangan ringkasan tentang wabak yang manusia satu dunia takut.

'H' bermaksud Hemagglutinin protein

'N' bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar.

Wallahualam

Sunday, 16 August 2009

cousin's wedding



To Ita and her husband Selamat Pengantin Baru, Maaf ya kak erna nggak bisa pulang ke Bandung hadiri majlis nikahnya. Insyallah ketemu lagi di Bandung. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. amin