Showing posts with label Me Myself and I. Show all posts
Showing posts with label Me Myself and I. Show all posts

Monday, 28 May 2012

Anemia

Last year 2010 after a week husband keluar hospital, then it's my turn masuk wad pulak dalam bulan Oktober kalau tak silap, ni baru sempat nak tulis. saya merasakan kat kepala ni pening yg amat dasyat selama seminggu untill 2 hari sblm masuk hospital sampai saya tak buleh nak bangun. baring je, sampai husband tegur nape sy melepek jek padahal hanya Allah saja yang tau keadaan saya masa itu. Nasib baik masa tu weekend and lepak umah my mom. The next day sepatutnya kerja saya terpaksa untuk skip dan terus ke klinik untuk check apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada saya. Pada mulanya ke klinik swasta, iaitu klinik suraya di jalan 3 BBB, doktor pun risau tgk keadaan saya yg ketika itu sangat pucat then suggest untuk buat blood test. Then saya buatlah blood test kat klinik kesihatan yang berhampiran, the result shows that my hb dalam darah cuma 6.2 je which is not normal untuk orang dewasa yang suppose to be 8 paling kurang pun. Doktor tanya sama ada saya pernah kehilangan banyak darah masa bersalin, pernah accident.  saya tak pernah alami tumpah darah sebelum ni, doktor pun agak pelik ke mana darah saya hilang. So doktor suggest untuk terus ke hospital naik ambulans sebab kalau saya lambat or drive sendiri anytime saya leh pengsan and will be more dangerous for me.

Sampai di hospital serdang masuk kecemasan dan check and tunggu untuk masa wad, untill malam tak dapat sebab tiada katil yang kosong. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa saya menahan kepala macam nak pecah rasa. Kelihatan keadaan saya yang tak menentu, hospital suggestkan untuk transfer to Putrajaya. Naik la ambulans lagi, and alhamdulillah akhirnya dapat katil dan masuklah wad. Memang malam tu tak leh lelap mata, fikir kan keluarga dan anak-anak yang masih kecil, sambil memikirkan apa sebenarnya yang sedang berlaku pada saya ketika itu. Malam tu doktor ambil sampel najis untuk buat test sama ada ada effection.


1 pain already
The next day doktor pakar datang then tengok keadaan aya, ntah apa depa sume cakap depan saya biasa le banyak terms perubatan yang kita ni tak paham. ada gaks terdengar perkataan talasemia dan saya menjadi semakin risau. then doktor soh masuk darah untuk increase kan balik darah saya yang telah hilang ntah ke mana,. Darah saya adalah A+ and missy bgtau darah jenis ni mmg pekat sikit, bila tengok je darah tu saya rase loya tapi kena tahan gaks.  3 pain yang perlu dimasukkan dalam badan saya untuk permulaan kalau masih tak cukup tambah lagi. 

Sebelum ni saya tak pernah tau macamna rasa masuk darah dan tak pernah terfikir pun apa tindakbalas badan kita towords benda baru yang masuk dalam badan. Doktor ada cakap yang penyakit saya ini adalah Kurang Darah (Anemia) Yang Disebabkan Oleh Kemusnahan Sel Darah Merah. saya sendiri pun tak paham, masa tu fikir nak kembali sihat aje. Doktor ada explain if lepas masuk darah ada muntah or pening bagitau Masa 1 pain masuk tu half way masuk tiba-tiba saya mengigil dan kesejukan sampai gigi atas bertemu gigi bawah la.Badan pun terasa kesejukan padahal dah pakai stokin and selimut sampai 4 lapis. Tak tergambar dengan kata-kata, masa tu terfikir dah sampai ke ajal aku dan that time memang teringat anak-anak dan terfikir gaks macamna if saya mati, leh ke husband jaga mereka dengan baik, mcm na kalau dia kawin lain and kids dapat mak tiri hahahaha sampai macam tu sekali. Terlalu banyak persoalan yang menganggu fikiran yang tiada jawapan yang pasti. Selama dua jam saya menahan kesakitan dan kesejukan yang tak terhingga dan lidah dan hatiku tak putus mengingati Allah S.W.T. dan masa tu saya redha dengan apa jua takdir hidupku. Doktor stop terus masuk darah sebab keadaan saya yang tidak mengizinkan. suhu badan saya terus meningkat sampai 40 c terus deman. Masa tu rasa macam dah tak nampak dunia, sebab pandangan pun kabur dan kepala sangat sakit. The next day doktor try untuk masukkan juga darah sebab bimbang tengok saya pucat lesi. 

Fobia sangat nak lalui semua itu lagi, kata missy mungkin akan lalui perkara yang sama ataupun tidak bergantung pada ketahanan dan penerimaan badan kita sendiri. Pada ketika itu saya serahkan semuanya pada takdir, saya redha. Kali ini dia masukkan darah malam dan tiada siapa yang menemani saya ketika itu. Masa the first pain masuk memang tak senang duduk, takut-takut perkara semalam berulang lagi. Alhamdulillah habis 1 pain everthing goes smooth, bersyukur sangat-sangat. Tapi masih ada lagi 2 pain yang perlu dimasukkan tak boleh nak seronok lagi tau. Dengan izin Allah S.W.T alhamdulillah 3  pain  darah yang masuk dalam badan saya semuanya berjalan lancar tidak menggigil dan seram sejuk seperti semalam. 

Alhamdulillah dan bersyukur sangat saya masih bernafas hingga ke hari ini dan masih bisa untuk mengerjakan ibadah di muka bumi ini. Selepas melalui pengalaman ini, saya semakin menghargai dan menyayangi diri sendiri dan saya bersyukur sangat kerana dipilih olehNya untuk mengharungi kesakitan itu. Melaluinya membuat saya semakin dekat dan menyayangiNya serta bertambah semangat untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang. Terima kasih  Ya Allah di atas dugaan yang Kau telah berikan pada hambaMu ini.


Tuesday, 10 January 2012

30th Birthday cake


Happy birthday to me !!!!!!! hahahaha My 30th birthday cake bought from my husband, thank you dear. Masa ni saya masih dalam pantang lagi bila nampak jek cheese cake secret receipe rasa sangat seronok. Tapi yg tak puas hati nya spealing nama saya salah. ada ke patut ERAWATI bila masa aku tukar ejaan laks (nak soh aku glemer mcm artis la tuh) patutnya ERNA IRAWATI lorrrr

Wednesday, 15 June 2011

What goes around do Comes around

Alhamdulillah everthing i'd plan for beginning of 2011 semuanya berjalan lancar walaupun ada a bit messy here and there disebabkan macam macam hal. so kehidupan saya bersambung lagi, terkadang bila termenung sorang-sorang and tersedar yang saya telah dan sedang lalui banyak perkara yang sulit dan rumit. sometime ada masanya rasa mahu mengalah, namun pada Allah jua la tempat saya mengadu kerna hanya


Dia yang maha mengetahui segalanya yang tersurat dan tersirat. macam-macam manusia yang telah cuba untuk menguji ketabahan serta kesabaran hati ku. sekiranya saya mengalah bererti saya kalah, saya tetap takkan mengalah walau macam mana keadaan sekalipun. Orang nak kata apa pasal kita katalah puas puas, orang hanya kenal saya tapi orang tatau diri saya yang sebenar-benarnya.

Sunday, 9 January 2011

Selamat Sudah

Dah lama rasanya nak cerita pengalaman bersalin anak kedua ni, tapi paham-paham je la dah ada anak ni tak dan nak hadap laptop lama-lama. Rasanya baru semalam saya bersalin padahal anak dah hampir masuk sebulan dah. skejap je masa berlalu. ni nak cerita skit kronologi sewaktu bersalin anak kedua saya Mya Dwi Kamila. The story begins...

Sabtu 11.12.2010 - menghabiskan masa berjalan di mines (doktor soh byk berjalan kan!!) and of cos la makan macam-macam he he. malam tu nak tido rasa sakit yang saya lama tak rasa seperti sengugut about 3 jam sekali, memang rasa tak senang nak tido, pusing kanan, pusing kiri sampai la ke pagi.
Ahad 12.12.2010 - waktu siang tatau nak buat apa pergi la alamanda plak, padahal tak beli apa pun tp sempat la gak makan big apple sebelum bersalin he he. Malam nak tido rasa tak selesa seperti smalam, tapi saya buat tatau je sebab tak kuar any signs pon. cuma ada kuar lendir bewarna coklat skit, still buat tatau.
Isnin 13.12.2010 - bangun nak solat subuh saya perasan ada kuar lendir bewarna coklat pekat, masa ni berbelah bagi sama ada nak g keje ke tak
(padahal malam tadi beriya-iya gosok baju). rasa tak sedap hati, so terus sms my officemates inform yg sy maybe mc or el for today sepatutnya due saya hari ini so standby la if anything happens. dalam jam 8.00 am terus telefon mamah inform yang kuar lendir, terus mamah soh g hospital (masa ni tetiba rasa blur). sebelum g hospital sempatlah singgah kopitiam bangi pekena roti n telur half boiled (kalo-kalo dah nak bersalin ada tenaga kata mamah). sampai di hospital putrajaya terus terpampang yg wad hari ini penuh, maka kalo nak bersalin kena refer hospital lain. huh!!! masa tu terbayang terus hospital kajang tidaaaak!! so bermula la check pelbagai termasuk la menyeluk bukaan saya dah brapa. time ni la paling tak gemar tau. check punye check baru bukak 1 cm je, tapi nurse soh masuk ward terus jgn balik umah (katanya aku ada history operate 1st baby). so terus saya buat keputusan refer to hukm. then terus la saya ke hukm dan check seperti tadi still 1cm lagi dan terus masuk wad.
Selasa 14.12.2010 - contraction sudah semakin terasa tapi 10 minutes sekali, doktor check bukaan dari pagi sampai la petang, hampa rasa hati ini still 1cm okehh!!! adui. macam-macam saya fikir time tuh. takkan nak ceaser lagi kot, tak sanggup deh. then malam tu sebelum doktor check sekali lagi dah buka 2cm. masa nak tido rasa contraction dah semakin sakit dan every 5 minutes (memang takleh nak tido), pastuh dengan memikirkan macam-macam. kol 4 pagi nurse kejutkan saya nak check degutan jantung baby dan keadaan baby dalam perut. lama gaks la sejam lebih la jugak. pastuh doktor check lagi bukaan kali ni dah 3cm then doktor soh saya balik katil . tapi saya dah tak tahan time ni mmg contraction takleh tahan terasa sakit teramat sangat. doktor soh byk berjalan, tapi bila nak berjalan je sakit dia lain macam je. contraction dah semakin kerap dan semakin sakit, memang takleh tahan tapi terpaksa menahan gaks. Jam 4 pagi nurse dah nak check jantung baby dan keadaan baby dalam perut then doktor check bukaan, at last 3cm waduh lama banget mau ke angka 3 sehh doktor kata nanti tgk lagi sama ada dah buka ke 4cm ke tak.
Rabu 15.12.2010 - Dalam jam 7 .00 am doktor check balik dah buka 5cm. mak aih cepat la plak. then doktor suggest pecahkan air ketuban and terus ke labour room. saya dah cuak and blur time tuh. ye la nak tpon husband lagi nak isi perut lagi, dah la malam semalam mmg tak makan n muntah pagi tadi. mcm na nak meneran kalo takde tenaga. saya terus call husband soh dtg skang juga !!! (dah la tadi dia sms nak g keje hari tu). belum sempat husband sampai nurse dah panggil untuk masuk labour room. time tu saya mmg blur dan tatau nak buat apa sampai air selusuh pun tak di bawa nya masuk. tawakkal je laa... masuk labour room dia check lagi bukaan then masukkan ubat buang air besar pastuh disuruhnya buang air (masa ni still blur dengan situasi ketika itu). contraction semakin kuat n sakit, Ya Allah hanya Kau saja yang tau betapa sakitnya nak bersalin. jam 8.00 am husband still belum sampai, saya tengah menahan kesakitan yang teramat sangat. dalam jam 8.15 am husband pun sampai, saya dah tak fikir pape menahan nafas d an kesakitan aje. memang masa tu antara hidup dan mati. then doktor pakar masuk check bukaan saya dah 7cm dan dah boleh push. bidan pun inform mcmna cara nak meneran sume bagai. masa tu saya antara dengar tak dengar apa orang sekeliling cakap. dengan sekali nafas dan sekali meneran kepala baby keluar (mmg sakit gile) dan seluruh badan nya pun dengan lancarnya keluar. saya ltatau la mcm na saya meneran yang saya fikir time nak keluarkan baby je biarla apa nak jadi. Alhamdulillah jam 8.51 am MYA DWI KAMILA selamat dilahirkan, hilang segala sakit yang saya rasa dan bila tengok baby depa letak atas perut lagi rasa lega yang teramat sangat. seterusnya pula proses keluarkan uri, darah kotor dan jahit. Alhamdulillah segalanya selesai jam 10.30 am. Selepas besalin saya terasa khayal entah tatau kenapa tapi maybe penat menahan kesakitan kot. tapi memang kesakitan bersalin normal and natural hanya dapat dirasa dan bukannya di cerita. Betul lah kata orang syurga itu di bawah telapak kaki ibu, baru saya sedar betapa sukarnya ibu kita melahirkan kita. kepada sesiapa yang masih ada ibu hormat dan sayangi lah ibu anda. sesungguhnya kesakitan itu adalah satu nikmat yang indah bagi ibu-ibu.


MYA DWI KAMILA BT ZAMBRI








Thursday, 11 November 2010

Kekuatan Ini

Sejak awal tahun hinggalah hujung tahun 2010 nih banyak sangat dugaan yang saya lalui. ikutkan rasa nak give up pun ada. tapi saya tau yang ianya adalah rencah kehidupan yang harus dihadapi dengan kekuatan dan ketabahan. Saya bersyukur sangat-sangat kerna masih diberi kekuatan bagi mengharungi kesemua dugaan itu. Kalau nak diceritakan di sini memang tak cukup, tapi biarlah ianya menjadi titik permulaaan untuk saya berubah kepada yang lebih baik.


Alhamdulillah kehidupan yang saya lalui kini semakin bahagia dan kegembiraan itu mula menjelma. Moga hujung tahun 2010 ini memberikan sinar padaku hidup saya dengan kehadiran orang baru tak lama lagi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas di atas perbuatan siapa-siapa yang pernah menyentuh hati saya dan membuatkan hati ini terluka. Dan saya sangat bersyukur padaMu kerna menjadi insan terpilih untuk mengharungi dugaan yang Kau telah tetapkan untukku. Kini, semakin hari semakin saya kuat untuk menghadapi segala apa jua yang akan menerjah  masuk di sepanjang perjalanan kehidupanku. Semangat ku kian tinggi untuk meneruskan liku-liku kehidupan yang Kau tuliskan untukku. Ya Allah Kau perteguhkan iman ku untuk aku cekal dan terus menjadi seorang yang tabah, amin...

Sunday, 21 March 2010

Birthday gift



Just received a new handphone from my hubby as a belated birthday gift BlackBerry curve. 1 month lebih gak dapat my birthday present ni and i'm so satisfied with the gift. lThanks you so so so much my dearie husband yang baik hati dan lagi pemurah. always luv you forever muahhh

Sunday, 31 January 2010

To Built up the strength

Besok masuk Februari and rasa baru semalam New Year 2010. i'm a bit lost this beginnning of the year. banyak sangat perkara yang saya went through yang tak berapa best in this journey called life. Firstly my son tak sihat then my uncle passed away then the week after my dad suddenly ada masalah jantung and macam-macam hal kat opis yang tak kesudahan ntah sampai bila agaknya. hmm.. dugaan hidup, hopefully saya diberi kekuatan untuk mengharungi segala macam dugaan yang mendatang.

Dengan tibanya bulan baru di tahun baru ini akan ku bina kembali semangat dalam diriku ini. Sekarang ni tiba-tiba jek terkenangkan kawan-kawan di UPM, miss sangat zaman dulu-dulu yang free from problems. kalau boleh nak sangat jumpa and lepak-lepask as ussual. but now life is totally different and i have to face the truth yang semuanya tak akan kembali lagi. kepada kawan-kawan lama ku yang terbaca ini blog sila la contact and keep in touch okay

Wednesday, 18 November 2009

alahai gigi bongsu


Semua orang mempunyai dua jenis gigi iaitu gigi susu atau desidus dan gigi kekal. Gigi susu mempunyai 20 batang gigi. Gigi kekal pula mempunyai 32 batang dan ia akan tumbuh ke dalam mulut ketika anda berumur enam tahun atau tujuh tahun.

Jenis gigi yang pertama tumbuh di dalam mulut ialah gigi insisif atau kacip. Gigi yang terakhir yang tumbuh ialah gigi bongsu atau molar ketiga. Gigi itu tumbuh ketika berumur 17 tahun. Lazimnya semua 28 gigi kekal (14 dirahang atas dan 14 di rahang bawah) akan tumbuh di dalam mulut anda. Gigi bongsu kadangkala tidak tumbuh langsung ke dalam mulut anda. Ini mungkin disebabkan benih gigi bongsu memang tidak terbentuk dalam rahang dari awal.

Memandangkan dah lama tahun simpan impacted molar nih, maka sakit pun menjadi-jadi. On 13 November 2009 went to Hospital Putrajaya, Pakar Bedah Mulut (the name of the klink pun dah menakutkan) untuk mencabut gigi bongsu ni. Sakit rupanya nak cabut gigi nih. ,padahal nak cabut sebatang gigi je.Just kena jumpa specialist dikernakan gigi ni malposition. Walaupun part of body yg nak di operate gusi ujung je tapi kena gak sterility.Layan jelah. Then,masuk step operation. Waaaaa, seram habis, siap kena tutup mata lagi. Teringat masa operation nak bersalin dulu. Masa doc bagi injection bius memang terasa and tunggu la mulut kebas. Sepanjang operation, mmg tak boleh tutup mata. Sakit gak walaupun dah dibius. Kata doc, dah ada inflammation. Mmeng tak pelik pun coz dah lama sangat berkira nak cabut gigi. Tangan kuat-kuat cengkam kerusi, tahan sakit punya pasal. Ngilu dengar bunyi drill lagi. and macam-macam lagi alat yang aku dengar seram idup. Nasib la mata ditutup kalau tidak nampak segala macam alat langsung tak jadi aku nak cabut sehh. Bila turn nak mencabut tu memang sangat sakit giler, saya rasa mcam nak lempang jer doktor tu, dia soh jangan stress nanti susah nak cabut. Giler apa tak stress !!!! terasa sangat-sangat beb. adui ...... SAKIT. Bila habis, mmg rasa cam best. Tapi nak menempuh hari-hari muka cukup sengsara, makan bubur sejuk je then minum air pun guna straw. 3 hari saya susah nak menelan, bercakap dan memerap je la kat rumah. Sakit rupanya kena cabut gigi,


Tuesday, 27 October 2009

ada somebody

When i was young i thought everyone likes me, but when we grew older i notice that is so possible to make all of our friends, relatives and office mates accept us you as you are. no matter how good you are, how careful to make things easier and just being our self cannot make all person around you will like you as are. Memang sangat sukar untuk buat orang suka dengan kita. i just notice ada somebody tak suka saya hidup senang. saya sangat sedih and why that person dosen't like me that much. saya dah cuba untuk buat semua orang can accept me. tapi apakan daya dah lumrah alam. tapi yang peliknya adakah hidup aku dah senang sekarang ni? for me hidup aku seperti biasa and alhamdulillah setakat ini apa yang saya mahu saya akan usaha untuk mendapatkannya dan tak pernah meminta pasa sesiapa. But why that person anggap saya ni negatif. teruk sangat kah aku ni? Yang paling susah nya saya terpaksa telan semua ini walaupun saya tahu ianya sangat pahit. saya ni bukanlah orang yang hidup mewah, apa yang saya ada sekarang semua untuk masa depan anak. apalah sangat dengan apa yang aku ada sekarang? so so confius.Ya Allah Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup, yang pasti saya kena menghadapi segala macam anggapan dia padaku. Dan semoga that person sedar apa yang dia buat.

Friday, 21 August 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

RAMADAN bakal menjelang lagi. Peluang keemasan ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua umat Islam dengan sebaik-baik mungkin. Malah kita perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup untuk membangkitkan motivasi agar dapat beramal dengan lebih baik.

Justeru, kita perlu memperbaiki azam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Antaranya, kita perlu memperbetul dan memperelokkan niat.

Kita perlu ikhlas bahawa ibadah ini demi Allah SWT semata-mata. Niat yang betul kerana Allah berupaya mendorong kita untuk lebih berusaha memperoleh pelbagai ganjaran.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dinilai berdasarkan niat dan bagi setiap orang apa yang dia diniatkannya. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna, kita perlu menumpukan kepada usaha mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah dan bukannya berlumba-lumba membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Perkara kedua ialah kita perlu bersedia daripada segi fizikal, mental dan material bagi meraih bonus yang tidak terhingga di bulan Ramadan. Umat Islam disaran menjaga kesihatan tubuh badan agar dapat berpuasa di siang hari.

Mereka juga perlu bersedia daripada segi mental untuk melawan nafsu tidur, makan dan keinginan lain yang boleh mengurangkan pahala ketika berpuasa.

Begitu juga seseorang perlu bersedia daripada aspek kewangan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Nabi Muhammad bersabda: Barang siapa yang memberi iftar (jamuan untuk berbuka puasa) nescaya akan diampunkan dosanya dan dibebaskan daripada api neraka.

Ketiga, kita perlu berazam untuk tingkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi ibadat puasa. Ini bermakna, kita perlu berazam untuk meningkatkan kualiti puasa. Ia boleh dilakukan dengan tidak membataskan puasa hanya dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Sebaliknya ditingkatkan dengan menjaga seluruh pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat. Di samping itu perkara-perkara wajib yang lain seperti sembahyang fardu dan menutup aurat juga turut dilaksanakan.

Keempat, kita perlu berazam untuk diberi peluang beribadat di malam Lailatulqadar. Ia adalah malam kemuliaan yang datang sekali setahun. Malam yang pahala beribadah padanya menyamai 1,000 bulan atau kira-kira 83 tahun 4 bulan. Justeru setiap individu Muslim perlu mempersiap diri untuk menjejaki malam itu.

Dan yang kelima, kita perlu sentiasa berharap dan berdoa agar ibadah puasa diterima oleh Allah. Setiap umat Islam perlu menaruh harapan tinggi agar puasanya diterima.

Oleh itu, kita digalakkan memperbanyak amalan sunat seperti bersedekah, tadarus al-Quran, iktikaf di masjid dan sebagainya bagi menampung kecacatan dan kekurangan ketika berpuasa.

Akhirnya diperingatkan juga agar sesiapa yang masih berhutang puasa agar segera mengqada puasa berkenaan. Kegagalan melunaskannya kemungkinan menyebabkan seseorang dinafikan daripada berbagai-bagai keistimewaan yang disediakan oleh Allah SWT di bulan Ramadan.

to my dear friends selamat menempuh bulan yang penuh dengan keberkatan ini.....

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru


Monday, 21 January 2008

Happy Birthday to me…

Happy Birthday to you, happy birthday to you happy birthday to erna happy birthday to you. gosh!!! I am 27 getting older year by year. 3 years later going to reach 30. arrghh … life its so short and it’s running faster and faster. I wish I was 17th he he. It’s nothing interesting about our own birthday’s when we reach this kind of age. We feel scared about the coming new age, the life we have to through, how the future will be and did we get whatever we what in life. So many questions have been in my mind. I do happy and enjoying my life but sometime these question just came when we are alone. I am proud in this new age going to be mother, plan to have lots of children. I just love to be with kids and be their friend, it’s makes me feel comfortable and it worth to spend time with them. Between work and family I prefer family is the most precious thing in life we cannot buy or get as free.

Friday, 18 January 2008

Lazy or tired

This week I’m not in the mood for work. Everyday I woke up felt so lazy for work. When arrived at office, look through the calendar 2008 and counting how many days left for the next holiday. Huh lama lagi tu… wish got more holiday a month…maybe because my body is so tired, it’s hard for me to sleep at night nowadays. The baby inside is so active at night, sometimes when I touch my stomach I can feel my active baby stretching all over I look at my husband and saw he fallen was a sleep in a nice dream I guess !! so it’s just me and my baby waiting for the right time to close my eyes. Try talking with my baby and tell him/her what I feel suddenly. I just don’t know at what time i slept. But it was just a while after a few hours I woke up and don’t know what’s the reason is. Then here goes again and again. Maybe this is the precious moment when you’re pregnant. It’s just you and your baby spending the night together. I will appreciate every single moment with my baby.

Monday, 31 December 2007

New Year 2008

I believed that everyone got so much thing that happened this year and it’s will become the memorable moment in our life. No matter the memory happy, sad, weird, tragic, funny etc, 2007 is the journey we’ve been through. For the coming New Year 2008 new book, new journey and new experience. As usual at the end of the year people been thinking what’s the resolution for the new year and for sure the answer will be “I want to be more successful than last year”, have more better life and bla bla bla…. But the strange feeling inside me I am getting older again. huh !! If only I could be young again he he. Before I close my eyes for bedtime I’m wondering what is the life I have to face the next year? Am I tough enough to face it? For this year I want to become a good mommy, have better life, good health and to love my husband more. So hope u guys also had plan what to do for 2008. Happy New New 2008 !!