Last year 2010 after a week husband keluar hospital, then it's my turn masuk wad pulak dalam bulan Oktober kalau tak silap, ni baru sempat nak tulis. saya merasakan kat kepala ni pening yg amat dasyat selama seminggu untill 2 hari sblm masuk hospital sampai saya tak buleh nak bangun. baring je, sampai husband tegur nape sy melepek jek padahal hanya Allah saja yang tau keadaan saya masa itu. Nasib baik masa tu weekend and lepak umah my mom. The next day sepatutnya kerja saya terpaksa untuk skip dan terus ke klinik untuk check apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada saya. Pada mulanya ke klinik swasta, iaitu klinik suraya di jalan 3 BBB, doktor pun risau tgk keadaan saya yg ketika itu sangat pucat then suggest untuk buat blood test. Then saya buatlah blood test kat klinik kesihatan yang berhampiran, the result shows that my hb dalam darah cuma 6.2 je which is not normal untuk orang dewasa yang suppose to be 8 paling kurang pun. Doktor tanya sama ada saya pernah kehilangan banyak darah masa bersalin, pernah accident. saya tak pernah alami tumpah darah sebelum ni, doktor pun agak pelik ke mana darah saya hilang. So doktor suggest untuk terus ke hospital naik ambulans sebab kalau saya lambat or drive sendiri anytime saya leh pengsan and will be more dangerous for me.
Sampai di hospital serdang masuk kecemasan dan check and tunggu untuk masa wad, untill malam tak dapat sebab tiada katil yang kosong. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa saya menahan kepala macam nak pecah rasa. Kelihatan keadaan saya yang tak menentu, hospital suggestkan untuk transfer to Putrajaya. Naik la ambulans lagi, and alhamdulillah akhirnya dapat katil dan masuklah wad. Memang malam tu tak leh lelap mata, fikir kan keluarga dan anak-anak yang masih kecil, sambil memikirkan apa sebenarnya yang sedang berlaku pada saya ketika itu. Malam tu doktor ambil sampel najis untuk buat test sama ada ada effection.
The next day doktor pakar datang then tengok keadaan aya, ntah apa depa sume cakap depan saya biasa le banyak terms perubatan yang kita ni tak paham. ada gaks terdengar perkataan talasemia dan saya menjadi semakin risau. then doktor soh masuk darah untuk increase kan balik darah saya yang telah hilang ntah ke mana,. Darah saya adalah A+ and missy bgtau darah jenis ni mmg pekat sikit, bila tengok je darah tu saya rase loya tapi kena tahan gaks. 3 pain yang perlu dimasukkan dalam badan saya untuk permulaan kalau masih tak cukup tambah lagi.
Sebelum ni saya tak pernah tau macamna rasa masuk darah dan tak pernah terfikir pun apa tindakbalas badan kita towords benda baru yang masuk dalam badan. Doktor ada cakap yang penyakit saya ini adalah Kurang Darah (Anemia) Yang Disebabkan Oleh Kemusnahan Sel Darah Merah. saya sendiri pun tak paham, masa tu fikir nak kembali sihat aje. Doktor ada explain if lepas masuk darah ada muntah or pening bagitau Masa 1 pain masuk tu half way masuk tiba-tiba saya mengigil dan kesejukan sampai gigi atas bertemu gigi bawah la.Badan pun terasa kesejukan padahal dah pakai stokin and selimut sampai 4 lapis. Tak tergambar dengan kata-kata, masa tu terfikir dah sampai ke ajal aku dan that time memang teringat anak-anak dan terfikir gaks macamna if saya mati, leh ke husband jaga mereka dengan baik, mcm na kalau dia kawin lain and kids dapat mak tiri hahahaha sampai macam tu sekali. Terlalu banyak persoalan yang menganggu fikiran yang tiada jawapan yang pasti. Selama dua jam saya menahan kesakitan dan kesejukan yang tak terhingga dan lidah dan hatiku tak putus mengingati Allah S.W.T. dan masa tu saya redha dengan apa jua takdir hidupku. Doktor stop terus masuk darah sebab keadaan saya yang tidak mengizinkan. suhu badan saya terus meningkat sampai 40 c terus deman. Masa tu rasa macam dah tak nampak dunia, sebab pandangan pun kabur dan kepala sangat sakit. The next day doktor try untuk masukkan juga darah sebab bimbang tengok saya pucat lesi.
Fobia sangat nak lalui semua itu lagi, kata missy mungkin akan lalui perkara yang sama ataupun tidak bergantung pada ketahanan dan penerimaan badan kita sendiri. Pada ketika itu saya serahkan semuanya pada takdir, saya redha. Kali ini dia masukkan darah malam dan tiada siapa yang menemani saya ketika itu. Masa the first pain masuk memang tak senang duduk, takut-takut perkara semalam berulang lagi. Alhamdulillah habis 1 pain everthing goes smooth, bersyukur sangat-sangat. Tapi masih ada lagi 2 pain yang perlu dimasukkan tak boleh nak seronok lagi tau. Dengan izin Allah S.W.T alhamdulillah 3 pain darah yang masuk dalam badan saya semuanya berjalan lancar tidak menggigil dan seram sejuk seperti semalam.
Alhamdulillah dan bersyukur sangat saya masih bernafas hingga ke hari ini dan masih bisa untuk mengerjakan ibadah di muka bumi ini. Selepas melalui pengalaman ini, saya semakin menghargai dan menyayangi diri sendiri dan saya bersyukur sangat kerana dipilih olehNya untuk mengharungi kesakitan itu. Melaluinya membuat saya semakin dekat dan menyayangiNya serta bertambah semangat untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang. Terima kasih Ya Allah di atas dugaan yang Kau telah berikan pada hambaMu ini.
![]() |
1 pain already |

No comments:
Post a Comment