Dunia ini diibaratkan pentas, pentas yang mempamerkan aksi-aksi kehidupan. Kehidupan ini tak selalunya indah, malah adakalanya meninggalkan suasana suram yang berpanjangan. Kadangkala diri ini sudah putus asa untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Namun apakah daya insan kerdil ini. Semua ini lumrah yang menghiasi perjalanan sebuah kehidupan. Dalam mengharungi hari-hari yang mendatang aku harus cekal dan tabah menempuh onak dan duri, pahit manis kehidupan. Apa yang diinginkan tak selalunya menjadi kenyataan, malah terdapat berbagai pencaroba untuk mendapatkan sesuatu itu. Seandainya ianya berjaya diperolehi banyak pula rintangan menerjah masuk dalam mempertahankannya. Mungkinkah ini ujian dariMu. Ujian terhadap insan yang telah lalai mengejar duniawi. Di saat ini, teman bicara menjadi dorongan dan sokongan penting dalam menenangkan diri yang sedang berkecamuk. Namun mengapa seringkali airmata yang menjadi teman setia?. Mengapa tangisan yang menjadi pengubat luka? aku tak salahkan kehidupan ini, kerna ku tahu semuanya ada hikmah disebaliknya. Mengapa sukar ketemu dengan insan yang bleh berkongsi pengalaman hidup? Mengapa setiap kali ku berdepan dengan cabaran tiada siapa sudi memahaminya? adakah kerna memang takdir ku begini, aku sedar bahawasanya ianya bergantung kepada diri sendiri bagi mengubah hidup, tapi aku masih belum bersedia untuk mengubahnya. Allah jadikan manusia agar dia sendiri yang mengerti untuk mencorakkan dirinya. Namun pelbagai godaan dalam mencorakkan diri. Apa yang perlu adalah dengan menjauhkan diri dari pelbagai godaan tersebut kerna ianya akan membinasakan diri. Kehidupan ini bergantung kepada diri sendiri, tiada siap yang membanti. Oh Tuhan ku berserah segala kepadaMu, agar ku tenang dengan bimbinganMu.....Semoga ku temui ketenangan...
*dipetik dari perjalanan hidupku yang lalu (masa itu saya sangat dilemma)
*dipetik dari perjalanan hidupku yang lalu (masa itu saya sangat dilemma)