Everything in life is temporary, so if things are going good, enjoy it because it won't last forever. And if things are going bad, don't worry.It can't last forever either...
Wednesday, 18 July 2012
Tuesday, 17 July 2012
Ujian Itu Keuntungan
Mengharapkan keredhaan Allah bukanlah suatu yang mudah buat mana-mana
manusia yang benar-benar menuntut kasih dan sayang dari sang pencipta.
Keredhaan Allah itu adalah hak untuk setiap manusia mendapatkannya,
namun ia hanya benar-benar layak untuk hamba-hamba yang runtun hati dan
jiwanya hanya untuk diserahkan kepada Allah.
Ramai yang sedar bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara sebelum
manusia dihidupkan semula di akhirat kelak. Namun buat insan yang
benar-benar menuntut keredhaan Allah jalan perjuangannya tidak akan
dihiasai dengan perkara yang indah, sebaliknya Allah akan mengujinya
dengan pelbagai ujian dan dugaan yang bakal menguji keikhlasannya dalam
perjuangan.
Perjuangan begitu luas konsep dan maknanya, apatah lagi
perjuangan adalah matlamat yang tersemat di hati para syuhada yang
inginkan syahid dalam setiap pekara yang dilakukan. Meskipun begitu,
menuntut ilmu juga ialah perjuangan yang perlu dipikul oleh setiap
manusia yang bergelar pelajar. Tidak kiralah seseorang itu adalah
pelajar sekolah rendah ,menengah atau sudah mahupun mahasiswa sekalipun.
Semua itu adalah termasuk dalam golongan orang yang sedang berjuang
mencari martabat ilmu dan pastinya ia mendapat tempat yang tinggi di
sisi Allah.
Di alam mahasiswa khususnya , tidak ramai yang benar-benar mencapai
kejayaan yang sebenar. Setiap pejuang yang begelar mahasiswa akan diuji
sepenuhnya dalam liku-liku perjalanannya sepanjang menuntut ilmu. Ujian
yang datang dari Allah itu akan hadir dalam belbagai-bagai bentuk ujian
antaranya ialah diuji dengan kesempitan wang di universiti, diuji dengan
bebanan tugasan yang banyak, diuji dengan hati yang lalai kepada cinta
,ada juga yang diuji dengan kesakitan, kematian insan tersayang dan
pelbagai lagi bentuk ujian yang diturunkan Allah kepada hamba-hambaNya.
Setiap insan yang diuji oleh Allah dengan ujian-ujian tadi selalunya
akan merungut, berputus asa malah ada yang mengambil jalan mudah dan
singkat bagi menghadapi setiap ujian tadi dengan perkara yang dilarang
syarak. Kekurangan wang misalnnya membuatkan seorang pelajar yang
tidak berfikir panjang medapatkan wang dengan cara yang mudah dan
singkat seperti menipu , melabur wang ke dalam pelaburan yang haram dan
ada juga yang mengambil jalan pintas dengan sanggup mengorbankan diri
menjadi pemuas nafsu kepada manusia-manusia yang kering kontang iman dan
ketaqwaannya. Contoh manusia seperti inilah yang dikatakan tewas
sebelum berjuang biarpun di atas pentas konvokesyen nanti gred yang
diperolehi mendapat anugerah dari pihak universiti. Semua itu bukan lagi
bermakna dan dianggap kejayaan kerana manusia seperti ini sudah pun
tewas di pertengahan jalan perjuangannya.
" arghh, kenapalah tuhan tidak adil kepada aku"....kenapa aku diuji sebegini sedangkan manusia lain tidak..tension betul.."
Sememangnya buat jiwa dan hati yang tidak cekal dengan ujian yang
diberikan akan terus menyalahkan fitrah dan norma kehidupan. Lebih parah
ada yang menyalahkan Allah sebagai pembeban kepada hidup mereka.
Manusia diuji kerana dirinya sudah mendapat perhatian di pandangan
Allah, tetapi pandangan yang bagaimana? Pandangan itu ialah pandangan
kasih dan sayang pencipta kepada hambanya. Beruntunglah manusia yang
sering diuji kerana hidupnya mendapat perhatian dari Allah yang maha
mengatahui mengapa ujian itu diberikan.
Bayangkan anda dihimpunkan bersama-sama seluruh penduduk dunia di
padang masyar, dalam keramaian manusia tadi tiba-tiba nama anda
dipanggil Allah untuk menjadi tetamu syurga. Beruntunglah si pemilik
nama tadi yang untungnya tiada tandingan walaupun seberat bulan ,
matahari dan bumi. Begitulah juga dengan konsep ujian tadi, manusia yang
diuji adalah manusia yang mendapat perhatian dari Allah. Dalam
berbilion penduduk bumi tetapi hanya satu nama yang mendapat perhatian
untuk diuji dengan ujian yang tertentu. Bukankah itu adalah satu
keuntungan buat manusia yang diuji tadi? Dengan ujian tadi Allah akan
mengangkat martabat hambanya jika dia ikhlas dalam menempuh bebanan yang
diamanahkan kepadanya.Sebagai seorang hamba juga kita perlu ingat,
ujian yang diterima oleh kita tidak akan sama dengan insan yang lain.
Jika kita merasa diri sudah dipikul dengan ujian yang berat sebenarnya
masih ramai yang diuji dengan ujian yang hebat dan berat.
Pimpinlah Daku
Buatmu teman seperjuangan,andai sebelum ini hatimu sering mengeluh
dengan ujian yang diturunkan kepadamu maka muhasabahlah segera niatmu
dalam menuntut ilmu. Apa yang kita cari sebenarnya semasa menutut ilmu? wanita,
kedudukan,kekayaan atau sebaliknya? Apakah kita tidak merasa untung bila
mendapat perhatian dari Allah? Apakah kita akan mudah menyerahkan
segalanya sebelum kita benar-benar menamatkan perjuangan yang sebenar di
dunia ini. Bukan kita sahaja diuji, sebaliknya setiap manusia akan
diuji dengan bemacam-macam jenis ujian yang berbeza. Hanya masa dan
takdir yang akan menentukan samada kita ini benar-benar seorang pejuang
atau sebaliknya. Renungkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)