Tuesday, 2 April 2013

sahabat...andai esok tiada lagi

Sahabat 
Jika esok aku kan pergi
jangan ditangisi pemergianku ini
kerana itulah ketentuan ilahi
setiap yang bernyawa pastikan mati  
sepanjang perkenalan yang singkat ini
aku berharap 
tiada duri yang menyucuk hatimu
tiada racun yang membunuh jiwamu
tiada kaca yang melukakan dirimu dan 
tiada kata yang menyakiti zahit batinmu
tapi aku hanya insan biasa
tidak terlepas dari melakukan dosa
walau secebis cuma
maafkanlah diriku
sahabat,
andai terbitnya bulan untuk menerangi malam
dan kerlipan bintang menambah keserian alam
begitulah kuharapkan
tika hidupku di dunia ini
ibarat penyeri bak bunga mekar berseri
ibarat penyinar bak sinaran matahari
ibarat peneman yang setia di sisi
semoga,
kenangan ini adalah sesuatu yang memberi erti
kepada iman dan sanubari
walau ku tahu diri ini tak seindah pelangi
sahabat,
andai aku tiada lagi di sini
kenanglah daku dalam doamu
ampuni segala salah silapku
halalkan segala makan minumku
& maafkan keterlanjuran bicaraku
salam sayang dari sahabatmu..selamanya