Monday, 22 March 2010

Perebutan Harta membawa bencana

Saya terpanggil untuk menulis tentang isu harta pusaka ini setelah mendengar keluhan daripada seorang saudaraku yang sedang menghadapi masalah di dalam urusan pembahagian harta peninggalan arwah suaminya yang tidak sempat untuk menyiapkan surat wasiat sebelum meninggal dunia. Perebutan ini berlaku di antara mereka isteri arwah dan anak-anaknya. Rasanya baru semalam arwah meninggalkan kami semua. Selama arwah hidup beliau seorang yang amat pemurah lagi penyayang dengan kami. Arwah tidak pernah kedekut dengan kami malah tak pernah berkira soal duit. Tidak disangka yang dahulunya ikatan keluarga ini amat erat dan kukuh, namun kerana harta yang tidak seberapa berlaku lah permusuhan sesama adik-beradik dan ianya telah berlarutan sehinggalah ke tahap memutuskan TALI PERSAUDARAAN yang sememangnya mustahil untuk terjadi kerana secara logiknya, terputuslah hubungan di antara mereka tetapi tidak kepada pertalian adik beradik sesama mereka.

Sesuatu perkara yang amat mengecewakan disebabkan harta dunia yang tidak boleh dibawa ke liang lahat, mampu untuk menyebabkan satu pertalian darah yang telah di anugerahkan dan diamanahkan kepada kita oleh ALLAH SWT, rosak dan terkulai di pertengahan jalan.

Siapakah yang harus dipersalahkan? Arwah suami dan ayah mereka? Diri mereka sendiri kerana tiadanya tolak ansur di antara satu sama lain?

Mungkin ada yang akan menyalahkan arwah suami dan ayah mereka kerana tidak menyediakan surat wasiat tentang pembahagian harta yang akan ditinggalkan dan dibahagikan kepada yang berhak tetapi masalahnya, ajal maut adalah ketentuan ALLAH SWT dan kita tak tahu bilakah ajal akan datang menjemput kita dan ada jugak kes di mana surat wasiat telah disediakan sebelum kematian tetapi menimbulkan satu masalah lain, tidak puas hati dengan pembahagian harta peninggalan tersebut... Sikap TOLAK ANSUR DAN HORMAT MENGHORMATI wajib ada di dalam diri mereka bagi menghadapi situasi genting sebegini dan cuba untuk mencari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka tersebut agar dapat mengelakkan ikatan sesama mereka daripada 'terkubur' begitu sahaja.


Bagi saya, bukan harta pusaka tersebut yang menjadi masalah tetapi lebih kepada sikap manusia yang tamak dengan kebendaan dan terlalu mengejar harta dunia, yang telah mengaburi mata mereka sehingga mengambil tindakan yang di luar batas2 KEMANUSIAAN DAN KEWARASAN kerana sanggup membuang 'darah daging' sendiri dan ada jugak kes2 di mana mereka sanggup berparang dan berbunuhan kerana terlalu mengikutkan NAFSU SYAITAN.

Sunday, 21 March 2010

Congrat's my fren

I will be losing my officemate merangkap my worker, my bestfriend at office. Actually she's got an offer as a permanent clerk at LPKP i am so happy for her. at last nurhidayah after almost four years and all the journey you through to and the patient you've been, now you got it. Hopefully you'll be enjoying the new adventure in a new environment with lot's of new people around. Good luck in whatever you do and please keep in touch with me ok!!! i'll be missing you and i still don't know to whom i will story my sadness after all you not here.


Me and Nurhidayah, maybe this will be the last photo the both of us in the same office

Birthday gift



Just received a new handphone from my hubby as a belated birthday gift BlackBerry curve. 1 month lebih gak dapat my birthday present ni and i'm so satisfied with the gift. lThanks you so so so much my dearie husband yang baik hati dan lagi pemurah. always luv you forever muahhh

Monday, 8 March 2010

Fund Raising Dinner

Last weekend went for dinner fund raising anjuran x-rmaf at Bukit Jalil Golf Resort, at first memang taknak g pun, tapi fikir balik waste jer kalo tak g 1 meja tuuu for 10 person. Ikut kan nak ajak sume kawan-kawan yang ada, memandangkan 10 orang jek and dalam masa yang teramat singkat i choose officemates itu pun tak semua. sorry to all yang tak sempat nak inform to join, it's so limited. maybe next time okay.



The food was okayla (chinese style), tapi rasanya tak cukup kenyang kot. the performance was so so je la yang best just group wondergirls (bak kata nor). Otther than thatt violin performance, tarian naga and guess what poco-poco pun ada. tak de guest artist pun, maybe not enough budget kot. but overall it's okay lahh everthing is free.


muka kekenyangan husband and i dan gambar sebelah tu muka kepuasan hati dapat cabutan bertuah (dapur masak brand milux) lepas ni kena masak sedap-sedap skit nur hidayah