Saya terpanggil untuk menulis tentang isu harta pusaka ini setelah mendengar keluhan daripada seorang saudaraku yang sedang menghadapi masalah di dalam urusan pembahagian harta peninggalan arwah suaminya yang tidak sempat untuk menyiapkan surat wasiat sebelum meninggal dunia. Perebutan ini berlaku di antara mereka isteri arwah dan anak-anaknya. Rasanya baru semalam arwah meninggalkan kami semua. Selama arwah hidup beliau seorang yang amat pemurah lagi penyayang dengan kami. Arwah tidak pernah kedekut dengan kami malah tak pernah berkira soal duit. Tidak disangka yang dahulunya ikatan keluarga ini amat erat dan kukuh, namun kerana harta yang tidak seberapa berlaku lah permusuhan sesama adik-beradik dan ianya telah berlarutan sehinggalah ke tahap memutuskan TALI PERSAUDARAAN yang sememangnya mustahil untuk terjadi kerana secara logiknya, terputuslah hubungan di antara mereka tetapi tidak kepada pertalian adik beradik sesama mereka.
Sesuatu perkara yang amat mengecewakan disebabkan harta dunia yang tidak boleh dibawa ke liang lahat, mampu untuk menyebabkan satu pertalian darah yang telah di anugerahkan dan diamanahkan kepada kita oleh ALLAH SWT, rosak dan terkulai di pertengahan jalan.
Siapakah yang harus dipersalahkan? Arwah suami dan ayah mereka? Diri mereka sendiri kerana tiadanya tolak ansur di antara satu sama lain?
Mungkin ada yang akan menyalahkan arwah suami dan ayah mereka kerana tidak menyediakan surat wasiat tentang pembahagian harta yang akan ditinggalkan dan dibahagikan kepada yang berhak tetapi masalahnya, ajal maut adalah ketentuan ALLAH SWT dan kita tak tahu bilakah ajal akan datang menjemput kita dan ada jugak kes di mana surat wasiat telah disediakan sebelum kematian tetapi menimbulkan satu masalah lain, tidak puas hati dengan pembahagian harta peninggalan tersebut... Sikap TOLAK ANSUR DAN HORMAT MENGHORMATI wajib ada di dalam diri mereka bagi menghadapi situasi genting sebegini dan cuba untuk mencari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka tersebut agar dapat mengelakkan ikatan sesama mereka daripada 'terkubur' begitu sahaja.
Bagi saya, bukan harta pusaka tersebut yang menjadi masalah tetapi lebih kepada sikap manusia yang tamak dengan kebendaan dan terlalu mengejar harta dunia, yang telah mengaburi mata mereka sehingga mengambil tindakan yang di luar batas2 KEMANUSIAAN DAN KEWARASAN kerana sanggup membuang 'darah daging' sendiri dan ada jugak kes2 di mana mereka sanggup berparang dan berbunuhan kerana terlalu mengikutkan NAFSU SYAITAN.
No comments:
Post a Comment