Tuesday, 9 October 2012

Sabar dan Tabah Tika Diuji

Dalam rencah kehidupan ini, pelbagai dugaan dan cabaran dalam mewarnakan nilai pengertian kita, adakalanya kita di uji dengan bermacam cara, ada tikanya dugaan itu datang silih berganti...

Kadang kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju tatkala sesuatu perkara itu menghampiri dan menghempas pada diri kita..kita menjadi takut dan hilang arah diri..apalah yang ada pada kita, jika kita tak mampu menghadapi saat-saat kesusahan dan kesulitan itu?

Tika diuji dengan ujian yang kadang kita rasa tidak mampu untuk hadapi, sering kita mengeluh dan menyalahkan mengapa semua ini berlaku. Setiap perjalanan kehidupan kita tidak sama dengan orang lain. Kesabaran dan ketabahan dalam diri kita seharusnya menjadi pegangan dan percaya yakin pada iman, kita diuji dan diduga untuk memperlihatkan sejauh mana kekuatan di dalam diri kita. Adakah kita sabar? Sesungguhnya Allah SWT bersama dengan hambaNya yang sabar.. Kita tidak dapat ulang masa silan untuk memungkinkan bahagia masa depan, kita belajar dari kesusahan dari kesusahan untuk menapak mencapai bahagia..

Sering kita mahukan hari yang cerah tapi Allah mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan. Sering kita inginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan tetapi Allah lebih mengetahui. kesusahan itu mengajar erti kehidupan. Sering kita inginkan ketenangan, hakikatnya diri penuh dosa dan kejahatan kerana manusia tidak dapat lari dari kesilapan. Semuanya bukanlah hukuman, tapi sebagau tanda kasih sayang agar kita lebih tabah. Itulah ujian dan dugaan dariNya pada hambaNya untuk mengenal erti kesabaran.

Cinta itu ialah bila kita memandangnya, tiada jemu hadir menyapa. Bila kita teringat akannya rindu itu amat kuat menggamit rasa dan bila dia sakit, luruh segala rasa kerana risau akan dirinya. Cinta kita akan tetap kekal bersama untuknya..Namun jika jodoh itu tiada, benarkan rasa hati melepaskan perlahan-lahan cinta itu..

Menyuruh orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah, namun apabila ujian dan dugaan terpikul di bahu sendiri, hakikatnya ia sungguh payah. Sebagai hamba Allah, kita tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang meremuk redamkan hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan. Sudah lumrah manusia untuk merasa sedih dan kecewa.

Lain orang lain cara menanganinya. Ada yang menzahirkan kekecewaan dengan airmata yang mencurah, ada yang berlawan dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati meskipun bibirnya tersebyum lebar.

Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan. Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha. Sesekali menangis, percayalah bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembuat beribadat kepadaNya.

Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula terus melangkah. Namun, jika kita jatuh terseungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada. KasihNya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai.Yakinlah Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu hanya dengan sia-sia, Pasti terdapat hikmah di sebalik yang menimpa

Wednesday, 18 July 2012

Tuesday, 17 July 2012

Ujian Itu Keuntungan

Mengharapkan keredhaan Allah bukanlah suatu yang mudah buat mana-mana manusia yang benar-benar menuntut kasih dan sayang dari sang pencipta. Keredhaan Allah itu adalah hak untuk setiap manusia mendapatkannya,  namun ia hanya benar-benar layak untuk hamba-hamba yang runtun hati dan jiwanya hanya untuk diserahkan kepada Allah. 

Ramai yang sedar bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara sebelum manusia dihidupkan semula di akhirat kelak. Namun buat insan yang benar-benar menuntut keredhaan Allah jalan perjuangannya tidak akan dihiasai dengan perkara yang indah, sebaliknya Allah akan mengujinya dengan pelbagai ujian dan dugaan yang bakal menguji keikhlasannya dalam perjuangan.

Perjuangan  begitu luas konsep dan maknanya, apatah lagi perjuangan adalah matlamat yang tersemat di hati para syuhada yang inginkan syahid dalam setiap pekara yang dilakukan. Meskipun begitu, menuntut ilmu juga ialah perjuangan yang perlu dipikul oleh setiap manusia yang  bergelar pelajar. Tidak kiralah seseorang itu adalah pelajar sekolah rendah ,menengah atau sudah mahupun mahasiswa sekalipun. Semua itu adalah termasuk dalam golongan orang yang sedang berjuang mencari martabat ilmu dan pastinya ia mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah.



Di alam mahasiswa khususnya , tidak ramai yang benar-benar mencapai kejayaan yang sebenar. Setiap pejuang yang begelar mahasiswa akan diuji sepenuhnya dalam liku-liku perjalanannya sepanjang menuntut ilmu. Ujian yang datang dari Allah itu akan hadir dalam belbagai-bagai bentuk ujian antaranya ialah diuji dengan kesempitan wang di universiti, diuji dengan bebanan tugasan yang banyak, diuji dengan hati yang lalai kepada cinta ,ada juga yang diuji dengan kesakitan, kematian insan tersayang dan pelbagai lagi bentuk ujian yang diturunkan Allah kepada  hamba-hambaNya.

Setiap insan yang diuji  oleh Allah dengan ujian-ujian tadi selalunya akan merungut, berputus asa malah ada yang mengambil jalan mudah dan singkat bagi menghadapi setiap ujian tadi dengan perkara yang dilarang syarak. Kekurangan wang misalnnya membuatkan seorang pelajar yang tidak berfikir panjang medapatkan wang dengan cara yang mudah dan singkat seperti menipu , melabur wang ke dalam pelaburan yang haram dan ada juga yang mengambil jalan pintas dengan sanggup mengorbankan diri menjadi pemuas nafsu kepada manusia-manusia yang kering kontang iman dan ketaqwaannya. Contoh manusia seperti inilah yang dikatakan tewas sebelum berjuang biarpun di atas pentas konvokesyen nanti gred yang diperolehi mendapat anugerah dari pihak universiti. Semua itu bukan lagi bermakna dan dianggap kejayaan kerana manusia seperti ini sudah pun tewas di pertengahan jalan perjuangannya.

" arghh, kenapalah tuhan tidak adil kepada aku"....kenapa aku diuji sebegini sedangkan manusia lain tidak..tension betul.."

Sememangnya buat jiwa dan hati yang tidak cekal dengan ujian yang diberikan akan terus menyalahkan fitrah dan norma kehidupan. Lebih parah ada yang menyalahkan Allah sebagai pembeban  kepada hidup mereka. Manusia diuji kerana dirinya sudah mendapat perhatian di pandangan Allah, tetapi pandangan yang bagaimana? Pandangan itu ialah pandangan kasih dan sayang pencipta kepada hambanya. Beruntunglah manusia yang sering diuji kerana hidupnya mendapat perhatian dari Allah yang maha mengatahui mengapa ujian itu diberikan.

Bayangkan anda dihimpunkan bersama-sama seluruh penduduk dunia di padang masyar, dalam keramaian manusia tadi tiba-tiba nama anda dipanggil Allah untuk menjadi tetamu syurga. Beruntunglah si pemilik nama tadi yang untungnya tiada tandingan walaupun seberat bulan , matahari dan bumi. Begitulah juga dengan konsep ujian tadi, manusia yang diuji adalah manusia yang mendapat perhatian dari Allah. Dalam berbilion penduduk bumi tetapi hanya satu nama yang mendapat perhatian untuk diuji dengan ujian yang tertentu. Bukankah itu adalah satu keuntungan buat manusia yang diuji tadi? Dengan ujian tadi Allah akan mengangkat martabat hambanya jika dia ikhlas dalam menempuh bebanan yang diamanahkan kepadanya.Sebagai seorang hamba juga kita perlu ingat, ujian yang diterima oleh kita tidak akan sama dengan insan yang lain. Jika kita merasa diri sudah dipikul dengan ujian yang berat sebenarnya masih ramai yang diuji dengan ujian yang hebat dan berat.
Pimpinlah Daku

Buatmu teman seperjuangan,andai sebelum ini hatimu sering mengeluh dengan ujian yang diturunkan kepadamu maka muhasabahlah segera niatmu dalam menuntut ilmu. Apa yang kita cari sebenarnya semasa menutut ilmu? wanita, kedudukan,kekayaan atau sebaliknya? Apakah kita tidak merasa untung bila mendapat perhatian dari Allah? Apakah kita akan mudah menyerahkan segalanya sebelum kita benar-benar menamatkan perjuangan yang sebenar di dunia ini. Bukan kita sahaja diuji, sebaliknya setiap manusia akan diuji dengan bemacam-macam jenis ujian yang berbeza.  Hanya masa dan takdir yang akan menentukan samada kita ini benar-benar seorang pejuang atau sebaliknya. Renungkan...

Tuesday, 26 June 2012

A friend


Oh why joy it is
To have a friend like you
For giving me strength
The way you do

For lifting me up
When i feeling down
And putting a smile on my face
When i'm wearing a frown

Thanks for being there
And helping me grow
Your friendship means a lot
This i'd like you to know

denting

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
sedarkan diriku dari lamunan panjang
tak terasa malam kini semakin larut
ku masih terjaga..
sayang kau di mana aku ingin bersama
aku butuh semua untuk tepiskan rindu
mungkinkah kau di sana merasa yang sama
seperti diriku di malam ini…

rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
kita menari dalam rindu yang indah
sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
jika kau di sini aku tenang ..


Secara tiba-tiba teringat kat lagu ni yang pernah popular di suatu ketika dulu....

Monday, 28 May 2012

Anemia

Last year 2010 after a week husband keluar hospital, then it's my turn masuk wad pulak dalam bulan Oktober kalau tak silap, ni baru sempat nak tulis. saya merasakan kat kepala ni pening yg amat dasyat selama seminggu untill 2 hari sblm masuk hospital sampai saya tak buleh nak bangun. baring je, sampai husband tegur nape sy melepek jek padahal hanya Allah saja yang tau keadaan saya masa itu. Nasib baik masa tu weekend and lepak umah my mom. The next day sepatutnya kerja saya terpaksa untuk skip dan terus ke klinik untuk check apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada saya. Pada mulanya ke klinik swasta, iaitu klinik suraya di jalan 3 BBB, doktor pun risau tgk keadaan saya yg ketika itu sangat pucat then suggest untuk buat blood test. Then saya buatlah blood test kat klinik kesihatan yang berhampiran, the result shows that my hb dalam darah cuma 6.2 je which is not normal untuk orang dewasa yang suppose to be 8 paling kurang pun. Doktor tanya sama ada saya pernah kehilangan banyak darah masa bersalin, pernah accident.  saya tak pernah alami tumpah darah sebelum ni, doktor pun agak pelik ke mana darah saya hilang. So doktor suggest untuk terus ke hospital naik ambulans sebab kalau saya lambat or drive sendiri anytime saya leh pengsan and will be more dangerous for me.

Sampai di hospital serdang masuk kecemasan dan check and tunggu untuk masa wad, untill malam tak dapat sebab tiada katil yang kosong. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa saya menahan kepala macam nak pecah rasa. Kelihatan keadaan saya yang tak menentu, hospital suggestkan untuk transfer to Putrajaya. Naik la ambulans lagi, and alhamdulillah akhirnya dapat katil dan masuklah wad. Memang malam tu tak leh lelap mata, fikir kan keluarga dan anak-anak yang masih kecil, sambil memikirkan apa sebenarnya yang sedang berlaku pada saya ketika itu. Malam tu doktor ambil sampel najis untuk buat test sama ada ada effection.


1 pain already
The next day doktor pakar datang then tengok keadaan aya, ntah apa depa sume cakap depan saya biasa le banyak terms perubatan yang kita ni tak paham. ada gaks terdengar perkataan talasemia dan saya menjadi semakin risau. then doktor soh masuk darah untuk increase kan balik darah saya yang telah hilang ntah ke mana,. Darah saya adalah A+ and missy bgtau darah jenis ni mmg pekat sikit, bila tengok je darah tu saya rase loya tapi kena tahan gaks.  3 pain yang perlu dimasukkan dalam badan saya untuk permulaan kalau masih tak cukup tambah lagi. 

Sebelum ni saya tak pernah tau macamna rasa masuk darah dan tak pernah terfikir pun apa tindakbalas badan kita towords benda baru yang masuk dalam badan. Doktor ada cakap yang penyakit saya ini adalah Kurang Darah (Anemia) Yang Disebabkan Oleh Kemusnahan Sel Darah Merah. saya sendiri pun tak paham, masa tu fikir nak kembali sihat aje. Doktor ada explain if lepas masuk darah ada muntah or pening bagitau Masa 1 pain masuk tu half way masuk tiba-tiba saya mengigil dan kesejukan sampai gigi atas bertemu gigi bawah la.Badan pun terasa kesejukan padahal dah pakai stokin and selimut sampai 4 lapis. Tak tergambar dengan kata-kata, masa tu terfikir dah sampai ke ajal aku dan that time memang teringat anak-anak dan terfikir gaks macamna if saya mati, leh ke husband jaga mereka dengan baik, mcm na kalau dia kawin lain and kids dapat mak tiri hahahaha sampai macam tu sekali. Terlalu banyak persoalan yang menganggu fikiran yang tiada jawapan yang pasti. Selama dua jam saya menahan kesakitan dan kesejukan yang tak terhingga dan lidah dan hatiku tak putus mengingati Allah S.W.T. dan masa tu saya redha dengan apa jua takdir hidupku. Doktor stop terus masuk darah sebab keadaan saya yang tidak mengizinkan. suhu badan saya terus meningkat sampai 40 c terus deman. Masa tu rasa macam dah tak nampak dunia, sebab pandangan pun kabur dan kepala sangat sakit. The next day doktor try untuk masukkan juga darah sebab bimbang tengok saya pucat lesi. 

Fobia sangat nak lalui semua itu lagi, kata missy mungkin akan lalui perkara yang sama ataupun tidak bergantung pada ketahanan dan penerimaan badan kita sendiri. Pada ketika itu saya serahkan semuanya pada takdir, saya redha. Kali ini dia masukkan darah malam dan tiada siapa yang menemani saya ketika itu. Masa the first pain masuk memang tak senang duduk, takut-takut perkara semalam berulang lagi. Alhamdulillah habis 1 pain everthing goes smooth, bersyukur sangat-sangat. Tapi masih ada lagi 2 pain yang perlu dimasukkan tak boleh nak seronok lagi tau. Dengan izin Allah S.W.T alhamdulillah 3  pain  darah yang masuk dalam badan saya semuanya berjalan lancar tidak menggigil dan seram sejuk seperti semalam. 

Alhamdulillah dan bersyukur sangat saya masih bernafas hingga ke hari ini dan masih bisa untuk mengerjakan ibadah di muka bumi ini. Selepas melalui pengalaman ini, saya semakin menghargai dan menyayangi diri sendiri dan saya bersyukur sangat kerana dipilih olehNya untuk mengharungi kesakitan itu. Melaluinya membuat saya semakin dekat dan menyayangiNya serta bertambah semangat untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang. Terima kasih  Ya Allah di atas dugaan yang Kau telah berikan pada hambaMu ini.


Wednesday, 23 May 2012

kelebihan bulan rejab



Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.


14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.


REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Monday, 21 May 2012

mimpikan dia. ....

mimpikan dia lagi??
tapi mengapa??
untuk apa??

mimpikan dia....
tapi kenapa??
mungkin kerana rindukan dia...
bukan bermakna
masih cintakan dia
kerana
dia juga sedang bahagia

mimpikan dia...

mungkin hanya kebetulan semata
bukan bermakna apa-apa
walau hati ini masih ada dia
tp hanya sekelumit saja
mungkin jua kerana
masih tak dapat melupakan dirinya...

mimpikan dia...
semoga dia baik-baik saja
bersama insan yang tercinta
meniti hari-hari bahagia
walau kami tidak bersama
bukan bermakna putus semuanya
kerana kami tetap bersama
di atas satu nama
SAHABAT SELAMANYA....

mimpikan dia...
mungkin hanya mainan saja
moga aku juga
diberikan CINTA
walau tidak seperti dia
cukup sekadar patuh pada yg Esa
kerana aku juga ingin merasa
nikmat hidup bahagia...
moga KAMI bahagia
walaupun tidak bersama
kerana pepatah melayu ada berkata
'tak kenal maka tak cinta'
'kalau da jodoh tak kemana'
'bukan ade hanya satu kumbang dan bunga saja'
'takkan lari gunung yg dikejarnya'
kalau da jodoh pasti bersama jua akhirnya
kerana itu semua ketentuanNya...

ku mohon pada-Nya
berikanlah aku CINTA
berikanlah aku KEBAHAGIAAN
kerna aku juga manusia biasa
yang ingin merasa nikmat cinta-Nya
mimpikan dia...
aku percaya hanya mainan tidur semata
moga dia BAHAGIA
aku jua sama
walaupun bukan di dunia

tapi biarlah di akhirat sana....

Insya'Allah...Amin Ya Rabbal Alamin...

Thursday, 17 May 2012

Popcorn yang mahal

Popcorn yang orang kata sedap dan sangat mahal. tapi sangat tinggi kandungan gula, kalau sekali sekala makan okay lee, saya lebih prefer oldstyle popcorn yang classic dan senang nak cari kat pasar malam

From Kelantan

Kuih tahi itik
bunga tanjung
jala emas
*Kesemua kuih di atas sangat yang manis, kepada yang ada kencing manis better tengok je la heheee

Thursday, 10 May 2012

Ujian dan Iman


Tak terasa bila dia pergi,
Tapi sayu bila dia kembali,
Mencari dengan hati suci lebih indah,
daripada memiliki tetapi tidak dihargai,
Dia datang tanpe seruan,
Pergi tanpa alasan,
Kejarlah dia sebelum ia hilang dari pandangan,
Kerana hadirnya adalah,
anugerah yang sangat bernilai dan tak berkesudahan

 
*Cinta menebal dan menepis sepertinya iman, maka jagalah iman kamu pasti cintamu terjaga, insyaallah


Wednesday, 9 May 2012

Pisahkan kami jika lebih banyak keburukan daripada kebaikan


“Ya Allah…
Engkau yang Maha tahu segalanya.

bila kehadiranku,
menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya
maka kau jauhkanlah aku darinya

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa


bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami

jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”

Thursday, 2 February 2012

11 Tips Menghindari Marah



MARAH

“Saya bukanlah seorang yang pemarah”… Bila saya terbaca artikal ini… saya teringat suami saya yang agak panas baran dan cepat nak marah orang. Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Perkara-perkara Ringan yang menyekat rezeki

Untuk makluman semua artikel ni aku copy dari blog yang sangat baik untuk kita kongsikan bersama. Kadang - kadang kita sendiri tidak tahu ada perkara - perkara yang kita anggap remeh itu adalah sesuatu amalan yang kurang baik.. So, untuk berkongsi dengan semua aku copy bulat - bulat dari blog beliau. Hope beliau menghalalkan artikel ini dengan tujuan menyebarkan sesuatu yang baik untuk manafaat semua yang membaca.

Assalamualaikum..w.b.t..

Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

* Sesungguhnya adalah lebih baik kita semua muhasabah kembali, moga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijauhkan sama sekali

Tuesday, 10 January 2012

30th Birthday cake


Happy birthday to me !!!!!!! hahahaha My 30th birthday cake bought from my husband, thank you dear. Masa ni saya masih dalam pantang lagi bila nampak jek cheese cake secret receipe rasa sangat seronok. Tapi yg tak puas hati nya spealing nama saya salah. ada ke patut ERAWATI bila masa aku tukar ejaan laks (nak soh aku glemer mcm artis la tuh) patutnya ERNA IRAWATI lorrrr