Monday, 28 May 2012

Anemia

Last year 2010 after a week husband keluar hospital, then it's my turn masuk wad pulak dalam bulan Oktober kalau tak silap, ni baru sempat nak tulis. saya merasakan kat kepala ni pening yg amat dasyat selama seminggu untill 2 hari sblm masuk hospital sampai saya tak buleh nak bangun. baring je, sampai husband tegur nape sy melepek jek padahal hanya Allah saja yang tau keadaan saya masa itu. Nasib baik masa tu weekend and lepak umah my mom. The next day sepatutnya kerja saya terpaksa untuk skip dan terus ke klinik untuk check apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada saya. Pada mulanya ke klinik swasta, iaitu klinik suraya di jalan 3 BBB, doktor pun risau tgk keadaan saya yg ketika itu sangat pucat then suggest untuk buat blood test. Then saya buatlah blood test kat klinik kesihatan yang berhampiran, the result shows that my hb dalam darah cuma 6.2 je which is not normal untuk orang dewasa yang suppose to be 8 paling kurang pun. Doktor tanya sama ada saya pernah kehilangan banyak darah masa bersalin, pernah accident.  saya tak pernah alami tumpah darah sebelum ni, doktor pun agak pelik ke mana darah saya hilang. So doktor suggest untuk terus ke hospital naik ambulans sebab kalau saya lambat or drive sendiri anytime saya leh pengsan and will be more dangerous for me.

Sampai di hospital serdang masuk kecemasan dan check and tunggu untuk masa wad, untill malam tak dapat sebab tiada katil yang kosong. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa saya menahan kepala macam nak pecah rasa. Kelihatan keadaan saya yang tak menentu, hospital suggestkan untuk transfer to Putrajaya. Naik la ambulans lagi, and alhamdulillah akhirnya dapat katil dan masuklah wad. Memang malam tu tak leh lelap mata, fikir kan keluarga dan anak-anak yang masih kecil, sambil memikirkan apa sebenarnya yang sedang berlaku pada saya ketika itu. Malam tu doktor ambil sampel najis untuk buat test sama ada ada effection.


1 pain already
The next day doktor pakar datang then tengok keadaan aya, ntah apa depa sume cakap depan saya biasa le banyak terms perubatan yang kita ni tak paham. ada gaks terdengar perkataan talasemia dan saya menjadi semakin risau. then doktor soh masuk darah untuk increase kan balik darah saya yang telah hilang ntah ke mana,. Darah saya adalah A+ and missy bgtau darah jenis ni mmg pekat sikit, bila tengok je darah tu saya rase loya tapi kena tahan gaks.  3 pain yang perlu dimasukkan dalam badan saya untuk permulaan kalau masih tak cukup tambah lagi. 

Sebelum ni saya tak pernah tau macamna rasa masuk darah dan tak pernah terfikir pun apa tindakbalas badan kita towords benda baru yang masuk dalam badan. Doktor ada cakap yang penyakit saya ini adalah Kurang Darah (Anemia) Yang Disebabkan Oleh Kemusnahan Sel Darah Merah. saya sendiri pun tak paham, masa tu fikir nak kembali sihat aje. Doktor ada explain if lepas masuk darah ada muntah or pening bagitau Masa 1 pain masuk tu half way masuk tiba-tiba saya mengigil dan kesejukan sampai gigi atas bertemu gigi bawah la.Badan pun terasa kesejukan padahal dah pakai stokin and selimut sampai 4 lapis. Tak tergambar dengan kata-kata, masa tu terfikir dah sampai ke ajal aku dan that time memang teringat anak-anak dan terfikir gaks macamna if saya mati, leh ke husband jaga mereka dengan baik, mcm na kalau dia kawin lain and kids dapat mak tiri hahahaha sampai macam tu sekali. Terlalu banyak persoalan yang menganggu fikiran yang tiada jawapan yang pasti. Selama dua jam saya menahan kesakitan dan kesejukan yang tak terhingga dan lidah dan hatiku tak putus mengingati Allah S.W.T. dan masa tu saya redha dengan apa jua takdir hidupku. Doktor stop terus masuk darah sebab keadaan saya yang tidak mengizinkan. suhu badan saya terus meningkat sampai 40 c terus deman. Masa tu rasa macam dah tak nampak dunia, sebab pandangan pun kabur dan kepala sangat sakit. The next day doktor try untuk masukkan juga darah sebab bimbang tengok saya pucat lesi. 

Fobia sangat nak lalui semua itu lagi, kata missy mungkin akan lalui perkara yang sama ataupun tidak bergantung pada ketahanan dan penerimaan badan kita sendiri. Pada ketika itu saya serahkan semuanya pada takdir, saya redha. Kali ini dia masukkan darah malam dan tiada siapa yang menemani saya ketika itu. Masa the first pain masuk memang tak senang duduk, takut-takut perkara semalam berulang lagi. Alhamdulillah habis 1 pain everthing goes smooth, bersyukur sangat-sangat. Tapi masih ada lagi 2 pain yang perlu dimasukkan tak boleh nak seronok lagi tau. Dengan izin Allah S.W.T alhamdulillah 3  pain  darah yang masuk dalam badan saya semuanya berjalan lancar tidak menggigil dan seram sejuk seperti semalam. 

Alhamdulillah dan bersyukur sangat saya masih bernafas hingga ke hari ini dan masih bisa untuk mengerjakan ibadah di muka bumi ini. Selepas melalui pengalaman ini, saya semakin menghargai dan menyayangi diri sendiri dan saya bersyukur sangat kerana dipilih olehNya untuk mengharungi kesakitan itu. Melaluinya membuat saya semakin dekat dan menyayangiNya serta bertambah semangat untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang. Terima kasih  Ya Allah di atas dugaan yang Kau telah berikan pada hambaMu ini.


Wednesday, 23 May 2012

kelebihan bulan rejab



Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.


14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.


REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Monday, 21 May 2012

mimpikan dia. ....

mimpikan dia lagi??
tapi mengapa??
untuk apa??

mimpikan dia....
tapi kenapa??
mungkin kerana rindukan dia...
bukan bermakna
masih cintakan dia
kerana
dia juga sedang bahagia

mimpikan dia...

mungkin hanya kebetulan semata
bukan bermakna apa-apa
walau hati ini masih ada dia
tp hanya sekelumit saja
mungkin jua kerana
masih tak dapat melupakan dirinya...

mimpikan dia...
semoga dia baik-baik saja
bersama insan yang tercinta
meniti hari-hari bahagia
walau kami tidak bersama
bukan bermakna putus semuanya
kerana kami tetap bersama
di atas satu nama
SAHABAT SELAMANYA....

mimpikan dia...
mungkin hanya mainan saja
moga aku juga
diberikan CINTA
walau tidak seperti dia
cukup sekadar patuh pada yg Esa
kerana aku juga ingin merasa
nikmat hidup bahagia...
moga KAMI bahagia
walaupun tidak bersama
kerana pepatah melayu ada berkata
'tak kenal maka tak cinta'
'kalau da jodoh tak kemana'
'bukan ade hanya satu kumbang dan bunga saja'
'takkan lari gunung yg dikejarnya'
kalau da jodoh pasti bersama jua akhirnya
kerana itu semua ketentuanNya...

ku mohon pada-Nya
berikanlah aku CINTA
berikanlah aku KEBAHAGIAAN
kerna aku juga manusia biasa
yang ingin merasa nikmat cinta-Nya
mimpikan dia...
aku percaya hanya mainan tidur semata
moga dia BAHAGIA
aku jua sama
walaupun bukan di dunia

tapi biarlah di akhirat sana....

Insya'Allah...Amin Ya Rabbal Alamin...

Thursday, 17 May 2012

Popcorn yang mahal

Popcorn yang orang kata sedap dan sangat mahal. tapi sangat tinggi kandungan gula, kalau sekali sekala makan okay lee, saya lebih prefer oldstyle popcorn yang classic dan senang nak cari kat pasar malam

From Kelantan

Kuih tahi itik
bunga tanjung
jala emas
*Kesemua kuih di atas sangat yang manis, kepada yang ada kencing manis better tengok je la heheee

Thursday, 10 May 2012

Ujian dan Iman


Tak terasa bila dia pergi,
Tapi sayu bila dia kembali,
Mencari dengan hati suci lebih indah,
daripada memiliki tetapi tidak dihargai,
Dia datang tanpe seruan,
Pergi tanpa alasan,
Kejarlah dia sebelum ia hilang dari pandangan,
Kerana hadirnya adalah,
anugerah yang sangat bernilai dan tak berkesudahan

 
*Cinta menebal dan menepis sepertinya iman, maka jagalah iman kamu pasti cintamu terjaga, insyaallah


Wednesday, 9 May 2012

Pisahkan kami jika lebih banyak keburukan daripada kebaikan


“Ya Allah…
Engkau yang Maha tahu segalanya.

bila kehadiranku,
menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya
maka kau jauhkanlah aku darinya

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa


bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami

jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”