Kata orang, komunikasi tahap tinggi adalah kemampuan kita mendengar sesuatu yang tidak diperdengarkan.Ia dikenali sebagai komunikasi tanpa suara. Mendengar bukan sekadar dengan telinga, tetapi dengan mata dan ati. Berikan hubungan mata, jalinkan rasa hati. Itulah maksud mendegar yang hakiki. Jika tidak, kita masih dikira 'tuli' dalam perhubungan sesama suami-isteri.
Begitu kita sering dengar kemarahan seorang suami kepada isteri " dah berapa kali abang cakap....tapi awak ni macam tak faham atau buat-buat tak faham...atau tak mahu faham? Jawab si isteri pula biasanya " dah berapa kali saya cakap baik-baik abang tak mau dengan...terpaksalah saya jerit macam ni....kalau abang tak faham juga tak tahulah....saya bosan!... begitulah kekecewaan seorang isteri.
Semua kata-kata diatas menunjukkan betapa kita sebagai manusia sering gagal untuk mendengar kata-kata pasangan....kebiasaannya...sebagai suami...selau mengharapkan isteri mendengar kata-kata yang diluahkan tanpa suara, namun secara sedar mana mungkin terima tanpa berlebih dahulu memberi ? dalam erti kata lain setelah betul- betul mendengar, barulah akan didengari.
Dalam kes lain skrip suami " awak sedar tak banyak kemahuan dan keinginan saya yang awak gagal penuhi?, balas isteri " Eh , abang ni kirakan kemahuan abang aje...kemahuan saya macammana? dah berapa kali abang penuhi? saya tak dapat apa-apa dari perkahwinan ini! balas si isteri..
Mana ada lagi hubungan yang paling intim dalam kehidupan di dunia ini selain hubungan antara suami dan isteri? Apa jua kemahuan suami/isteri, harap dipenuhi isteri/suami dan begitulah sebaliknya. Namun mampukah semua kemahuan ini dipenuhi? Silapnya kebanyakan kemahuan itu dipendamkan saja, tidak diperdengarkan. Jika diperdengarkan akhirnya, tetapi semuanya sudah terlewat, sudah menjadi jeritan dan bukan bisikan.
Sering beringat, kita tidak mungkin menerima tanpa terlebih dahulu memberi. Oleh itu, marilah kita dengar dahulu apa suara hati isteri sebelum mereka mendengar suara hati kita. Takut-takut tidak berusaha mendengar bisikan, nanti kita terpaksa untuk mendengar jeritan. Jadi tumpanglah isteri yang sudi berbisik, marilah kita dengar bisikan itu. taku-takut bila kita tuli dengan bisikan, dia terpaksa menjerit untuk memaksa kita mendengarnya...
Kalau cinta luahkanlah, kalau benci berterus teranglah. Tapi manusia tidak semudah itu untuk melakukannya. Lebih lagi dalam perhubungan suami isteri, justeru sering yang terjadi adalah orang yang paling kita sayang berpotensi menjadi orang yang kita benci. Kadangkala memang sukar untuk memahami apa isi hati wanita...tapi percayalah sekiranya lelaki berbicara bukan melalui kata dan suara tetapi lebihkan pada lirikan mata dan lenggokan gaya...segalanya menjadi ikhlas.
No comments:
Post a Comment