Wednesday, 8 December 2010

sudah tercapai kah ?

My Resolution for 2010, let's check out if these resolution telah tercapai atau tidak

1) To be a good muslim
2) To learn more in cooking
3) do more "derma" to the poor
4) buy a new car - own a new car August 2010
5) live in our new house - officially June 2010
6) reduce weight - - posponed to next year (mcm na nak reduce dah ter-pregnant he he)
7) ready to have a baby again - in process to deliver my 2nd baby
8) vacation at overseas - posponed to 2011
9) serious in side income business - in process building up fb & blog appleblu collections
10) be more serious in work

* The others are more to general so will keep it as next year resolution. Rasanya mostly tercapai kan!! alhamdulillah. will prepare for 2011 resopution soon.

Friday, 3 December 2010

Counting days begin.....
tinggal beberapa hari lagi saya akan melahirkan anak, due pada 13 disember 2010 tapi tak tau la baby dalam perut ni nak keluar cepat ke lambat. orang kata dah ada pengalaman mengandung dan bersalin sulong so tak perlu risau sangat. tapi 2nd pregnancy ni lagi risau kot. debar makin terasa tak tau sakit nya kat mana dan mcm mana dan berapa lama. officemates pagi-pagi telefon erna ada lagi, bila nak bersalin nye? uikss

Eka laks sejak akhir ni macam tau-tau je adik dia nak keluar, asal saya sampai pintu rumah aje terus cakap "mamah jom tengok gambar baby nak" sambil berlari ke bilik ambil album gambar dia masa baby dulu. tak sudah lepas tu ajak saya tegok video dia masa baby sampai la dia puas. malam pulak tidur mencari-cari mamah dia.hmm...rasa baru semalam jek mengandungkan eka, dah besar anak sulong saya. tatau la hidup mamah tanpa eka

anak sulong saya yang semakin aktif dan becok

Malam tadi perut memulas-mulas rasa nak muntah pun ada. tetiba masuk keluar tandas buang air besar banyak kali la gaks. mak mertua pun dah berdebar dan dia pun sama keluar masuk bilik air. hati dah risau dan dalam hati ni dah fikir saya akan bersalin ke malam ni? so untuk memujuk hati yang sedang berdebar ni bacalah surah-surah yang berkaitan. Pagi bangun sakit-sakit malam tadi sudah hilang, so pergi kerja seperti biasa dan seperti biasa officemates akan menjenguk sama ada saya sudah deliver ke tak

Friday, 26 November 2010

Cream Of Mushroom Soup

Last week pegi Jusco Balakong cari bahan-bahan nak try masak cream mushroom sup, tetiba teringin nak makan dan 1st time ni nak buat benda ni. biasa nye order je kat kedai dan harganya yang agak mahal. So better try buat sendiri, mana tau menjadi. So bahan-bahan yang diperlukan seperti di bawah:


2 lit Chicken Stock/ water
200ml Cooking Cream/Susu Low Fat
1 tbsp Garlic- Chiopped
80g Onion - sliced
100g Celery - peeled skin /sliced
100g Shitake Mushroom- sliced
100g Oyster Mushroom- sliced
100g Button Mushroom- sliced
80g Portion Butter (suggest anchor or fernleaf)
1 tbsp Chicken Seasoning Powder
Garam untuk merasa

Directions


1) Heat up the butter, saute chopped garlic, onion, celery and add all the mushroom, the saute till golden brown.
2) Add water or chicken stock, let it boil and simmer for 15 minutes.
3) Add cooking cream,lemon juice and keep stirring. lastly adjust seasoning with salt .
4) Remove from the stove let it warm and put in the electric blender.
5) Blend till fine then reheat again in soup pot.
6) Ready to serve with chopped parsley and serve with Garlic bread.


For the first time saya try resepi ni, alhamdulillah menjadi tapi ada sedikit masin terlebih garam kot he he, malam tu kami bertiga dinner makan roti cicah cream mushroom ni sampai kekenyangan. husband pun puji saya, kembang la sekejap, so kepada yang nak mencuba sila lah try baut sendiri baru puas hati. Selamat mencuba !!

Thursday, 18 November 2010

Hanyut – Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Tetiba nak layan lagu hanyut by faizal tahir berulang kali. rasa ada kena dengan jiwa dan rasa lirik dia dekat sangat di hati saya mari layan...

Thursday, 11 November 2010

Kekuatan Ini

Sejak awal tahun hinggalah hujung tahun 2010 nih banyak sangat dugaan yang saya lalui. ikutkan rasa nak give up pun ada. tapi saya tau yang ianya adalah rencah kehidupan yang harus dihadapi dengan kekuatan dan ketabahan. Saya bersyukur sangat-sangat kerna masih diberi kekuatan bagi mengharungi kesemua dugaan itu. Kalau nak diceritakan di sini memang tak cukup, tapi biarlah ianya menjadi titik permulaaan untuk saya berubah kepada yang lebih baik.


Alhamdulillah kehidupan yang saya lalui kini semakin bahagia dan kegembiraan itu mula menjelma. Moga hujung tahun 2010 ini memberikan sinar padaku hidup saya dengan kehadiran orang baru tak lama lagi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas di atas perbuatan siapa-siapa yang pernah menyentuh hati saya dan membuatkan hati ini terluka. Dan saya sangat bersyukur padaMu kerna menjadi insan terpilih untuk mengharungi dugaan yang Kau telah tetapkan untukku. Kini, semakin hari semakin saya kuat untuk menghadapi segala apa jua yang akan menerjah  masuk di sepanjang perjalanan kehidupanku. Semangat ku kian tinggi untuk meneruskan liku-liku kehidupan yang Kau tuliskan untukku. Ya Allah Kau perteguhkan iman ku untuk aku cekal dan terus menjadi seorang yang tabah, amin...

Wednesday, 8 September 2010

Being Away

Being away for a long long time, lama rasanya tak update blog. terasa tersangat malas plus tak ada mood nak tulis pape. Actually i am now waiting to deliver, just a few weeks to go. My second child insyaAllah. Hope everthing going fine and dear friends doakan saya selamat melahirkan yaa !!!

Thursday, 27 May 2010

Beryl's Free Chocolate Buffet

Location:No. 8 Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi
Time:9:00AM Friday, May 28th
Mari ramai-ramai serbu Beryl's Free Chocolate Buffet @ Bandar Baru Bangi on 28-30 May 2010.

Wednesday, 26 May 2010

Slot Samarinda – NOKTAH ERNA TV3

Mengisahkan Erna, seorang graduan luar negara yang pulang ke tanahair setelah tamat belajar. Bersama beliau ketika pengajian ialah Shamsul iaitu jirannya sendiri. Setelah bergelar graduan, kini Erna bekerja di syarikat bapanya manakala Shamsul pula sebagai seorang pensyarah. Mereka sebenarnya mempunyai perasaan terhadap masing-masing tetapi masih menyimpan erat perasaan cinta yang terjalin. Suatu hari, Erna pulang ke kampung dan berjumpa dengan Kamal iaitu anak angkat kepada datuknya. Bagaimana kisah cinta ini berkesudahan?
Keseluruhan sinopsis berkisarkan kasih sayang antara ahli keluarga terutama antara ibubapa dan anak-anak tiada batas sempadan, tetapi kerap kali kasih sayang itu diuji sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak terluka dan mereka berpisah tanpa kerelaan. Itulah yang dilalui oleh Haji Taufik dan Aishah. Disebabkan ayahnya cuba menjodihkan Aishah dengan calon menantu pilihannya Aishah meninggalkan rumah bersama suaminya, Ismail yang tidak direstui oleh Haji Taufik.

Kedua-duanya Haji Taufik dan Aishah terasa hati dan tersinggung dan tidak mahu mengalah. ‘Perang dingin’ antara mereka berlarutan selama 25 tahun. Hubungan mereka kembali bertaut dengan kehadiran dan pengorbanan Erna.

Aishah dan Ismail sedang membuat persiapan untuk menyambut kepulangan anak tunggal mereka Erna yang akan pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian di luar negara. Begitu juga dengan keluarga jiran mereka, iaitu Cikgu Sakinah dan En. Mahfuz, mereka juga membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Shamsul. Shamsul dan Erna berkawan baik dan sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Setelah pulang, mereka terpisah kerana kerja di tempat berasingan.

Cinta yang terpendam antara Erna dan Shamsul teruji apabila kehadiran Kamal sebagai rakan kongsi perniagaan yang juga merupakan cucu angkat Haji taufik. Pada masa yang sama dengan pergaduhan antara ibu dan datuk Erna. Bagaimanakah Erna melakukan pengorbanan dalam kehidupannya? Mampukah dirinya mengatasi masalah kehidupan yang dibelenggu?

Dengan mesej utama iaitu segala ilmu dan kefahaman yang kita perolehi hendaklah di amalkan seterusnya kita dapat melakukan pengorbanan dengan erti yang sebenar dalam kehidupan kita.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan lakonan mantap Rita Rudaini, Aqasha, Julia Zeigler, Awal Ashaari, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani dalam Noktah Erna di Slot Samarinda, Selasa-Khamis 10.30malam bermula 5 Mei 2010
Quote dr Budiey.com Lakonan Rita Rudaini, Aqasha, Awal Ashaari, Jue Aziz, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani Noktah Erna akan mula disiarkan pada 5 Mei 2010, Selasa-Khamis 10.30 malam.

Makin syok plak layan cerita ni lebih-lebih lagi tajuk dia nama saya sendiri he he

Tuesday, 25 May 2010

How to Handle Mistakes

We all make mistakes; some more serious than others. A balance must exist between trying to avoid mistakes and giving it your all. It should go without saying that mistakes that can result in death or injury to others should be avoided at all costs, but other mistakes that are less serious should be seen as setbacks and learning experiences. We all make mistakes, but it is how we recover from those mistakes that separate the winners from the losers.

When you make a mistake, your goal should be to better your situation. Very often, if handled correctly, a graceful recovery from a mistake can put you in a better situation than before the mistake was made. As always, look for the positives in the situation and use your persuasive speaking skills to convince others of those benefits if necessary.

Here are some suggestions on how to best handle mistakes you make, or mistakes made by those for whom you are responsible.

  • Take action to better the situation quickly. You may not always be able to correct the mistake right away, but almost always you can do something to better the situation. The key is to act quickly.
  • Do not call attention to your mistake unless it is necessary. Some mistakes do require public attention - as in the Ford incident. However, most mistakes can and do go unnoticed unless the one who makes the mistake calls attention to it. A good example of this is in public speaking. While giving speeches, I sometimes lose my place or skip some content, but the audience does not know it because I never say "Whoops... I lost my place" - I simply continue on like no mistake was made.
  • Don't play the blame game. If you made the mistake, or if someone for whom you are responsible made the mistake, take responsibility for the mistake. Admit your error and assure others that you are taking action to improve the situation. Trying to avoid responsibility for a mistake for which you are responsible does not say much for your character.
  • Apologize. If your mistake negatively affects others, apologize, especially if they bring the mistake to your attention. Do not try to justify or explain your mistake, simply apologize.
  • Use humor. When appropriate, use humor to draw attention away from your mistake and lighten up the situation. It is especially important to be able to laugh at your own mistakes.

It takes a person of character to gracefully and effectively deal with their own mistakes. This process is another one to which many people attribute their success. We all make mistakes and we can all recover from our mistakes with a little effort, character, and positive mental attitude.

Sunday, 23 May 2010

World Cup 2010

Return to South Africa, kini kehangatan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung 11 June 2010 di South Africa semakin terasa ditambah lagi senarai pemain pasukan Piala Dunia 2010 telahpun diumumkan. Tak sabar menantikan detik–detik untuk demam bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan disiarkan live oleh RTM. Actually saya bukanlah peminat fanatik bola yang sanggup tak tidur tengok bola, but when it's comes with World Cup satu dunia akan mengambil perhatian sepenuhnya terhadapnya. Dan waktu itulah masing-masing ada team negara yang depa suka walaupun negara sendiri tak layak untuk ke Wolrd Cup. Pasukan yang menjadi kegemaran telahpun berjaya untuk beraksi dalam pentas World Cup 2010 pada musim panas akan datang di Selatan Afrika. Pemenang-pemenang World Cup terdahulu seperti Brazil, Germany, England, Agentina dan Italy telahpun book tempat khas dalam World Cup nanti. Seperti Argentina dan England tidak mempunyai masalah untuk dapatkan tempat, tetapi tiga pasukan yang lain yakni France, Spain dan Portugal perlu berusaha. Mari kita analisa kehebatan pasukan-pasukan yang bakal beraksi nanti.

Pasukan Brazil pula ada pemain hebat Kaka dari Real Madrid dan Maicon dari Inter Milan.

England mempuyai jurulatih berbangsa Itali yang mantap iaitu Coach Fabio Capello. Dia boleh bergantung kepada ketangkasan Wyane Rooney, Frank Lampard dan Steven Gerrard untuk mara ke peringkat akhir.

Argentina, walaupun mempunyai jurulatih yang agak kureng, tapi pasukannya mampu memberi saingan yang sengit dengan adanya Lionel Messi.


Pasukan Italy (The Azzurri ) plak ada Gianlulgi Buffon (goal keeper) dan Daniele De Rossi (mid fielder). :)

Spain bakal menjadi pesaing yang hebat dengan adanya pemain seperti David Villa, Xavi Herndandez dan Fernando Torres.

Kesimpulannya, adakah kuasa tradisional seperti Brazil, Germany atau Italy bakal menjuarai World Cup 2010, atau pasukan yang ada kemungkinan tunuk mengembalikan kecemerlangannya seperti Spain dan England? Atau pasukan yang baru nak naik iaitu Ivory Coast?

Tapi mengikut rekod yang lepas-lepas, tiada satu negara Europe menang apabila beraksi di luar negaranya dan jika dilihat pada trend, Brazil jugaklah yang selalu berjaya . Tapi tak mustahil pasukan Tuan Rumah (Afrika) pula yang menang sepertimana yang dilakukan oleh Pasukan Korea Selatan yang berjaya memasuk peringkat separuh akhir di Asia 2002. So kepada fanatik bola di luar sana mari kita sama-sama Makan Bola, Minum Bola, Tido pun Bola kita tunggu dan lihat team mana yang akan digelar juara dunia.

Thursday, 20 May 2010

salahkah aku

Is just the Thomas Cup isu, but it really makes me hot and 'bengang'. Actually dah memang dari dulu tiba nya Thomas Cup mesti saya sokong Malaysia and Indonesia. Sebab saya ini separuh malay and separuh lagi Indonesia. Thomas Cup 2010 Malaysia tak lepas pun separuh akhir so saya sokong la Indonesia (at least they went to final). Tapi ada la mulut-mulut yang busuk mengatakan all bad things about Indonesia yang sangat tak de kaitan dengan final okay!!! Dosen't makes sense at all. For those yang cakap bukan-bukan are you good enough to judge the bad and good people. Bad person comes from their attitude not come from some country or religion.

Tuesday, 18 May 2010

Free Seats are on the way‏


To all out there don't miss to book seats Air Asia. Plan and grab it first before it's fully booked by others
.

Malaysia setakat Semi Final

Kalah dengan Jepun untuk menentukan juara kumpulan why? Kalah 3-0 dengan China walhal bermain di tempat sendiri. Satu Malaysia sangat hampa dengan prestasi pasukan Malaysia di Thomas Cup baru-baru ni termasuklah saya.

20 tahun sudah berlalu dan apa yang boleh mambanggakan adalah tahun 1992. Itu je lahh modal yang ada untuk menaikan semula semangat. Tapi sampai bila kita harus bangga dengan 1992? tidakkah ada keinginan untuk merampas kembali piala thomas itu yang sudah 20 tahun tidak kesampaian di tangan Malaysia. Our player memang bagus, but why only 1 -2 je yang bagus dan yang lainnya biasa-biasa saje. Thomas Cup adalah untuk 1 pasukan dan memerlukan pasukan yang betul-betul mantap. BAM please, please do something satu Malaysia sangat mengharapkan Piala Thomas dijulang di Malaysia jangan hampa kan seluruh rakyat sekali lagi.

Piala Thomas dan Uber Cup





Thomas Cup

Kejohanan dunia badminton berpasukan lelaki di mana
2 bergu lelaki dan 3 perseorangan lelaki dipertandingkan (2 MD & 3 MS).

Diberi nama Thomas cup sempena nama presiden pertama BWF Sir George Thomas.

Bermula pada tahun 1948 -1949.
Kejohanan berprestij ini diadakan 2 tahun sekali.
Hanya 3 negara pernah memenanginya - Malaya/Malaysia, Indonesia dan China.

Past Winners


1948 - 49 Malaya

1951 - 52 Malaya

1954 - 55 Malaya

1957 - 58 Indonesia

1960 - 61 Indonesia

1963 - 64 Indonesia

1966 - 67 Malaysia

1969 - 70 Indonesia

1972 - 73 Indonesia

1975 - 76 Indonesia

1978 - 78 Indonesia

1981 - 82 China

1984 Indonesia

1986 China

1988 China

1990 China

1992 Malaysia

1994 Indonesia

1998 Indonesia

2000 Indonesia

2002 Indonesia

2004 China

2006 China

2008 China

2010 China (latest)



Uber Cup


Kejohanan dunia badminton berpasukan wanita. Sama dengan konsep Thomas Cup – 2 bergu wanita dan 3 perseorangan wanita dalam satu pasukan. (2 WD & 3 WS)

Bermula pada tahun 1956 – 1957, dan diadakan 2 tahun sekali .
Hanya 4 negara pernah menjulang Uber Cup – USA, Jepun, Indonesia dan China.

Tuesday, 13 April 2010

Monday, 22 March 2010

Perebutan Harta membawa bencana

Saya terpanggil untuk menulis tentang isu harta pusaka ini setelah mendengar keluhan daripada seorang saudaraku yang sedang menghadapi masalah di dalam urusan pembahagian harta peninggalan arwah suaminya yang tidak sempat untuk menyiapkan surat wasiat sebelum meninggal dunia. Perebutan ini berlaku di antara mereka isteri arwah dan anak-anaknya. Rasanya baru semalam arwah meninggalkan kami semua. Selama arwah hidup beliau seorang yang amat pemurah lagi penyayang dengan kami. Arwah tidak pernah kedekut dengan kami malah tak pernah berkira soal duit. Tidak disangka yang dahulunya ikatan keluarga ini amat erat dan kukuh, namun kerana harta yang tidak seberapa berlaku lah permusuhan sesama adik-beradik dan ianya telah berlarutan sehinggalah ke tahap memutuskan TALI PERSAUDARAAN yang sememangnya mustahil untuk terjadi kerana secara logiknya, terputuslah hubungan di antara mereka tetapi tidak kepada pertalian adik beradik sesama mereka.

Sesuatu perkara yang amat mengecewakan disebabkan harta dunia yang tidak boleh dibawa ke liang lahat, mampu untuk menyebabkan satu pertalian darah yang telah di anugerahkan dan diamanahkan kepada kita oleh ALLAH SWT, rosak dan terkulai di pertengahan jalan.

Siapakah yang harus dipersalahkan? Arwah suami dan ayah mereka? Diri mereka sendiri kerana tiadanya tolak ansur di antara satu sama lain?

Mungkin ada yang akan menyalahkan arwah suami dan ayah mereka kerana tidak menyediakan surat wasiat tentang pembahagian harta yang akan ditinggalkan dan dibahagikan kepada yang berhak tetapi masalahnya, ajal maut adalah ketentuan ALLAH SWT dan kita tak tahu bilakah ajal akan datang menjemput kita dan ada jugak kes di mana surat wasiat telah disediakan sebelum kematian tetapi menimbulkan satu masalah lain, tidak puas hati dengan pembahagian harta peninggalan tersebut... Sikap TOLAK ANSUR DAN HORMAT MENGHORMATI wajib ada di dalam diri mereka bagi menghadapi situasi genting sebegini dan cuba untuk mencari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka tersebut agar dapat mengelakkan ikatan sesama mereka daripada 'terkubur' begitu sahaja.


Bagi saya, bukan harta pusaka tersebut yang menjadi masalah tetapi lebih kepada sikap manusia yang tamak dengan kebendaan dan terlalu mengejar harta dunia, yang telah mengaburi mata mereka sehingga mengambil tindakan yang di luar batas2 KEMANUSIAAN DAN KEWARASAN kerana sanggup membuang 'darah daging' sendiri dan ada jugak kes2 di mana mereka sanggup berparang dan berbunuhan kerana terlalu mengikutkan NAFSU SYAITAN.

Sunday, 21 March 2010

Congrat's my fren

I will be losing my officemate merangkap my worker, my bestfriend at office. Actually she's got an offer as a permanent clerk at LPKP i am so happy for her. at last nurhidayah after almost four years and all the journey you through to and the patient you've been, now you got it. Hopefully you'll be enjoying the new adventure in a new environment with lot's of new people around. Good luck in whatever you do and please keep in touch with me ok!!! i'll be missing you and i still don't know to whom i will story my sadness after all you not here.


Me and Nurhidayah, maybe this will be the last photo the both of us in the same office

Birthday gift



Just received a new handphone from my hubby as a belated birthday gift BlackBerry curve. 1 month lebih gak dapat my birthday present ni and i'm so satisfied with the gift. lThanks you so so so much my dearie husband yang baik hati dan lagi pemurah. always luv you forever muahhh

Monday, 8 March 2010

Fund Raising Dinner

Last weekend went for dinner fund raising anjuran x-rmaf at Bukit Jalil Golf Resort, at first memang taknak g pun, tapi fikir balik waste jer kalo tak g 1 meja tuuu for 10 person. Ikut kan nak ajak sume kawan-kawan yang ada, memandangkan 10 orang jek and dalam masa yang teramat singkat i choose officemates itu pun tak semua. sorry to all yang tak sempat nak inform to join, it's so limited. maybe next time okay.



The food was okayla (chinese style), tapi rasanya tak cukup kenyang kot. the performance was so so je la yang best just group wondergirls (bak kata nor). Otther than thatt violin performance, tarian naga and guess what poco-poco pun ada. tak de guest artist pun, maybe not enough budget kot. but overall it's okay lahh everthing is free.


muka kekenyangan husband and i dan gambar sebelah tu muka kepuasan hati dapat cabutan bertuah (dapur masak brand milux) lepas ni kena masak sedap-sedap skit nur hidayah


Wednesday, 10 February 2010

Kehidupan ini

Dunia ini diibaratkan pentas, pentas yang mempamerkan aksi-aksi kehidupan. Kehidupan ini tak selalunya indah, malah adakalanya meninggalkan suasana suram yang berpanjangan. Kadangkala diri ini sudah putus asa untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Namun apakah daya insan kerdil ini. Semua ini lumrah yang menghiasi perjalanan sebuah kehidupan. Dalam mengharungi hari-hari yang mendatang aku harus cekal dan tabah menempuh onak dan duri, pahit manis kehidupan. Apa yang diinginkan tak selalunya menjadi kenyataan, malah terdapat berbagai pencaroba untuk mendapatkan sesuatu itu. Seandainya ianya berjaya diperolehi banyak pula rintangan menerjah masuk dalam mempertahankannya. Mungkinkah ini ujian dariMu. Ujian terhadap insan yang telah lalai mengejar duniawi. Di saat ini, teman bicara menjadi dorongan dan sokongan penting dalam menenangkan diri yang sedang berkecamuk. Namun mengapa seringkali airmata yang menjadi teman setia?. Mengapa tangisan yang menjadi pengubat luka? aku tak salahkan kehidupan ini, kerna ku tahu semuanya ada hikmah disebaliknya. Mengapa sukar ketemu dengan insan yang bleh berkongsi pengalaman hidup? Mengapa setiap kali ku berdepan dengan cabaran tiada siapa sudi memahaminya? adakah kerna memang takdir ku begini, aku sedar bahawasanya ianya bergantung kepada diri sendiri bagi mengubah hidup, tapi aku masih belum bersedia untuk mengubahnya. Allah jadikan manusia agar dia sendiri yang mengerti untuk mencorakkan dirinya. Namun pelbagai godaan dalam mencorakkan diri. Apa yang perlu adalah dengan menjauhkan diri dari pelbagai godaan tersebut kerna ianya akan membinasakan diri. Kehidupan ini bergantung kepada diri sendiri, tiada siap yang membanti. Oh Tuhan ku berserah segala kepadaMu, agar ku tenang dengan bimbinganMu.....Semoga ku temui ketenangan...

*dipetik dari perjalanan hidupku yang lalu (masa itu saya sangat dilemma)

Wednesday, 3 February 2010

Trip to Johor

a bit late nak update trip ke Johor on Oktober 2009. Actually attending my officemate wed. reception dan sekali holiday the three of us. We stayed at Mutiara Hotel JB for 3 days 2 night





























tak sempat
nak snap gambar katil my son dah panjat . hu hu anyway was a good place to rest tapi masa saya kat sana ada gangguang skit arrr. kat bawah laks tempat-tempat makan dan aktiviti yang ada kat danga bay yang boleh tahan la. tapi tak banyak choice la nak makan. maybe this was my first time to jay bee and tak cukup info mana makan yang best. next time kena study dulu baru holiday okay!!

suddenly je nak layan lagu ni berulang kali, teringat kisah lama........

Ressa Herlambang – Menyesal

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

Reff:*
Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

**
Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Back to Reff:* dan **

Back to Reff:* dan **

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Sunday, 31 January 2010

To Built up the strength

Besok masuk Februari and rasa baru semalam New Year 2010. i'm a bit lost this beginnning of the year. banyak sangat perkara yang saya went through yang tak berapa best in this journey called life. Firstly my son tak sihat then my uncle passed away then the week after my dad suddenly ada masalah jantung and macam-macam hal kat opis yang tak kesudahan ntah sampai bila agaknya. hmm.. dugaan hidup, hopefully saya diberi kekuatan untuk mengharungi segala macam dugaan yang mendatang.

Dengan tibanya bulan baru di tahun baru ini akan ku bina kembali semangat dalam diriku ini. Sekarang ni tiba-tiba jek terkenangkan kawan-kawan di UPM, miss sangat zaman dulu-dulu yang free from problems. kalau boleh nak sangat jumpa and lepak-lepask as ussual. but now life is totally different and i have to face the truth yang semuanya tak akan kembali lagi. kepada kawan-kawan lama ku yang terbaca ini blog sila la contact and keep in touch okay