Thursday, 10 May 2012

Ujian dan Iman


Tak terasa bila dia pergi,
Tapi sayu bila dia kembali,
Mencari dengan hati suci lebih indah,
daripada memiliki tetapi tidak dihargai,
Dia datang tanpe seruan,
Pergi tanpa alasan,
Kejarlah dia sebelum ia hilang dari pandangan,
Kerana hadirnya adalah,
anugerah yang sangat bernilai dan tak berkesudahan

 
*Cinta menebal dan menepis sepertinya iman, maka jagalah iman kamu pasti cintamu terjaga, insyaallah


Wednesday, 9 May 2012

Pisahkan kami jika lebih banyak keburukan daripada kebaikan


“Ya Allah…
Engkau yang Maha tahu segalanya.

bila kehadiranku,
menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya
maka kau jauhkanlah aku darinya

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa


bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami

jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”

Thursday, 2 February 2012

11 Tips Menghindari Marah



MARAH

“Saya bukanlah seorang yang pemarah”… Bila saya terbaca artikal ini… saya teringat suami saya yang agak panas baran dan cepat nak marah orang. Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Perkara-perkara Ringan yang menyekat rezeki

Untuk makluman semua artikel ni aku copy dari blog yang sangat baik untuk kita kongsikan bersama. Kadang - kadang kita sendiri tidak tahu ada perkara - perkara yang kita anggap remeh itu adalah sesuatu amalan yang kurang baik.. So, untuk berkongsi dengan semua aku copy bulat - bulat dari blog beliau. Hope beliau menghalalkan artikel ini dengan tujuan menyebarkan sesuatu yang baik untuk manafaat semua yang membaca.

Assalamualaikum..w.b.t..

Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

* Sesungguhnya adalah lebih baik kita semua muhasabah kembali, moga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijauhkan sama sekali

Tuesday, 10 January 2012

30th Birthday cake


Happy birthday to me !!!!!!! hahahaha My 30th birthday cake bought from my husband, thank you dear. Masa ni saya masih dalam pantang lagi bila nampak jek cheese cake secret receipe rasa sangat seronok. Tapi yg tak puas hati nya spealing nama saya salah. ada ke patut ERAWATI bila masa aku tukar ejaan laks (nak soh aku glemer mcm artis la tuh) patutnya ERNA IRAWATI lorrrr

Monday, 1 August 2011

SALES

sales....sales raya.... datang lagi

22Jul – 21Aug 2011 : Adidas Nike Puma Sale




22July – 21August 2011


Adidas Nike Puma Off Season Sale



Brands Offered


Adidas


Nike


Puma



Time: 10am to 9pm



Location


Sports Planet, 2nd Floor


The Mall


Jalan Putra


Kuala Lumpur


28Jul-31Aug 2011 : First Few Years Warehouse Sale






28July – 31August 2011


First Few Years Warehouse Sale



Brands Offered


Graco


Cosco


Medela


Bugaboo


Combi


Dr Browns


Evenflo


Inglesina


Maclaren


Maxi Cosi


Munchkin


and more



Time:


Mon-Sat 11am – 7pm


Sun : 11am – 5pm



Location (Tel 603 8062 8860)


86 Jalan Puteri 5/5


Bandar Puteri Puchong


http://www.firstfewyears.com.my/



4-6 Aug 2011 : Skiva Warehouse Sale





4-6 August 2011


Skiva Warehouse Sale



Products Offered


Ladies Innerwear


Childrens Apparel


Ladies & Men Apparel


Accessories


Shoes


Bags


Time : 10am to 7pm


Location (Tel 603 4270 7113)


No 22 Jalan 6/91


Taman Shamelin Perkasa


http://www.skiva.com.my/



4-6Aug 2011 : Chocolate Carnival Sale





4-6August 2011


Chocolate Carnival Sale



Brands Offered


Crispy


Tango


Products Offered


Chocolate


Drinks


Snacks


and more


Time:


4-5 Aug : 10am-6pm


6Aug : 10am-3pm


Location (Tel 603 5569 1848)


No 6 Jalan U1/4


Hicom Glenmarie Industrial Park


Shah Alam


http://www.networkfoods.com.my/


Tuesday, 26 July 2011

Video Klip Menangis Lagi



sejak akhir nih terlalu banyak yang telah saya lalui, ramai yang telah singgah skejap dalam hidup saya dan menyakitkan hati ini. terasa nak layan lagu ni je tiap masa. lagu yg kena dengan jiwa saya tika saat ini. moga saya diberi kekuatan serta tabah untuk harungi segala yang telah ditetapkan. Harapan saya tak akan terus menangis.

Wednesday, 15 June 2011

What goes around do Comes around

Alhamdulillah everthing i'd plan for beginning of 2011 semuanya berjalan lancar walaupun ada a bit messy here and there disebabkan macam macam hal. so kehidupan saya bersambung lagi, terkadang bila termenung sorang-sorang and tersedar yang saya telah dan sedang lalui banyak perkara yang sulit dan rumit. sometime ada masanya rasa mahu mengalah, namun pada Allah jua la tempat saya mengadu kerna hanya


Dia yang maha mengetahui segalanya yang tersurat dan tersirat. macam-macam manusia yang telah cuba untuk menguji ketabahan serta kesabaran hati ku. sekiranya saya mengalah bererti saya kalah, saya tetap takkan mengalah walau macam mana keadaan sekalipun. Orang nak kata apa pasal kita katalah puas puas, orang hanya kenal saya tapi orang tatau diri saya yang sebenar-benarnya.

Tuesday, 7 June 2011

Blender


Akhirnya dah dapat beli mini blender brand philip's yang berharga RM124 setelah reduce price masa J-Card sale tmn equine 5%. dah lama ada keinginan nak beli nak dpt best price memang susah la. Kira okay la dan berbaloi baloi. I am ready for feeding my lil princess mya next month. so kena la prepare bermacam macam sayuran untuk di blend bersama bubur nasi.

Luka Kembali

Hati ini sering kau luka
perasaan ini selalu kau hancurkan
jiwa ini sangat tertekan
dengan segala permainanmu itu


Kenapa kau sakiti aku
mengapa kau mainkan perasaan aku

aku pasrah..
pasrah dengan segalanya
kenapa dan mengapa ianya berlaku
dan terus berlaku
aku tak pasti dengan diri ku sendiri
aku masih kecewa dengan segalanya
aku juga sangsi dengan semuanya


hati yang terluka perlu tampal dan plaster dengan iman



Thursday, 7 April 2011

birthday cake for eka

eka will turn 3 yr this 29 April, so decided to plan a birthday party since dia dah pandai berkawan dengan orang and love birthday cakes. this birthday party will be simple and short. but the thing that make me blur is to choose the birthday cake for him. saya selalu tanya pada eka "kalo nak birthday cake nak ultramen atau ben10", dia jawab kejap ben10 kejap lagi ultramen. ha ha so dia nak dua dua la gamaknye. i've been searching for a good design ultramen cake tapi tatau nak buat pilihan yang mana satu nih. so ada la a few yang saya google yang mana satu pilihan kalbu.



yang mana okay? saya mcm berkenan pic yang kelima ni simple n nice. tatau la apa reaksi eka bila tengok kek ultramen dia ni. mesti dia excited giler punye, then ni first time dia celebrate birthday. tahun pertama dan kedua kami tak mengamalkan birthday celebration. just makan-makan with close family saja. harap this 30 april semuanya berjalan lancar. dan hopefully he will enjoy on that day. mamah sudah pening mau prepare menu segala bagai ni.

Sunday, 13 March 2011

Breastpump

Alhamdulillah saya sudah abis pantang dan sudah kembali semula bertugas. For the first week at office everthing is blurr. After 2 weeks later semuanya sudah kembali seperti normal, cuma satu jer iaitu ada additional activity at work iaitu pumping breast milk. Sounds like funny right !! tapi this second child saya sudah nekad nak breastfeed anak till the last drop of milk. Sape-sape nak masuk bilik saya mesti tanya dulu saya teng pam susu ke tak ? Selepas pantang hari tu saya mula mencari-cari breatpump yang sesuai dan berkualiti.Pada mulanya nak beli yang biasa-biasa aje, tapi terfikirkan last birth i bought manual pump tak sesuai dengan saya, so saya decided to bought an electric one. Finally i bought medela freestyle and i am so happy with the kualiti.Masa seminggu dua lepas pantang saya pam secara manual, sekali pam cuma dapat paling banyak pun 1 oz aje. tapi sejak gunakan medela frees sytle once pump dapat paling kurang pun 2 oz dan paling banyak pernah dapat 4 oz lebih. so i am so so happy.walaupun saya telah membuat satu pelaburan yang agak besar, but bila difikir balik sangat berbaloi demi kesihatan dan tumbeseran mya. so kepada bakal-bakal ibu yang sedang mencari breastpump yang sesuai ini yang saya suggest. kepada yang mampu beli lah dan ia sangat berbaloi.

Saturday, 12 March 2011

Some Tips untuk tambah susu badan

Berikut merupakan beberapa ikhtiar untuk menambahkan susu badan, selamat mencuba kepada bakal ibu... kalau ada nak tambah silakan


1) lobak putih (buat sup)


2) kurma merah dan longan kering

3) air longan

4) air holick panas

5) susu anlene panas

6) susu coklat fenugreek (boleh didapati di watson)

7) habatulsauda ( di PKNS bangi ada jual)

8) sengkuang


* dan seeloknya banyak minum air masak dan elakkan minum ais, kerana ianya boleh membantutkan pengeluaran susu badan

Monday, 7 March 2011

Back to Work

Sudah 2 bulan saya cuti bersalin dan kini tiba masa nya kembali bertugas seperti biasa. terasa malas yang teramat sangat kaki ni nak melangkah. rasa sudah terlalu best berada kat rumah bersama baby baru dan sempat la gak buka kedai secara online kat facebook. kepada mereka yang nak mengunjungi kedai saya di facebook Apple Blu Collections silakan. Rasa seronok plak berniaga suka-suka.

Sunday, 9 January 2011

Selamat Sudah

Dah lama rasanya nak cerita pengalaman bersalin anak kedua ni, tapi paham-paham je la dah ada anak ni tak dan nak hadap laptop lama-lama. Rasanya baru semalam saya bersalin padahal anak dah hampir masuk sebulan dah. skejap je masa berlalu. ni nak cerita skit kronologi sewaktu bersalin anak kedua saya Mya Dwi Kamila. The story begins...

Sabtu 11.12.2010 - menghabiskan masa berjalan di mines (doktor soh byk berjalan kan!!) and of cos la makan macam-macam he he. malam tu nak tido rasa sakit yang saya lama tak rasa seperti sengugut about 3 jam sekali, memang rasa tak senang nak tido, pusing kanan, pusing kiri sampai la ke pagi.
Ahad 12.12.2010 - waktu siang tatau nak buat apa pergi la alamanda plak, padahal tak beli apa pun tp sempat la gak makan big apple sebelum bersalin he he. Malam nak tido rasa tak selesa seperti smalam, tapi saya buat tatau je sebab tak kuar any signs pon. cuma ada kuar lendir bewarna coklat skit, still buat tatau.
Isnin 13.12.2010 - bangun nak solat subuh saya perasan ada kuar lendir bewarna coklat pekat, masa ni berbelah bagi sama ada nak g keje ke tak
(padahal malam tadi beriya-iya gosok baju). rasa tak sedap hati, so terus sms my officemates inform yg sy maybe mc or el for today sepatutnya due saya hari ini so standby la if anything happens. dalam jam 8.00 am terus telefon mamah inform yang kuar lendir, terus mamah soh g hospital (masa ni tetiba rasa blur). sebelum g hospital sempatlah singgah kopitiam bangi pekena roti n telur half boiled (kalo-kalo dah nak bersalin ada tenaga kata mamah). sampai di hospital putrajaya terus terpampang yg wad hari ini penuh, maka kalo nak bersalin kena refer hospital lain. huh!!! masa tu terbayang terus hospital kajang tidaaaak!! so bermula la check pelbagai termasuk la menyeluk bukaan saya dah brapa. time ni la paling tak gemar tau. check punye check baru bukak 1 cm je, tapi nurse soh masuk ward terus jgn balik umah (katanya aku ada history operate 1st baby). so terus saya buat keputusan refer to hukm. then terus la saya ke hukm dan check seperti tadi still 1cm lagi dan terus masuk wad.
Selasa 14.12.2010 - contraction sudah semakin terasa tapi 10 minutes sekali, doktor check bukaan dari pagi sampai la petang, hampa rasa hati ini still 1cm okehh!!! adui. macam-macam saya fikir time tuh. takkan nak ceaser lagi kot, tak sanggup deh. then malam tu sebelum doktor check sekali lagi dah buka 2cm. masa nak tido rasa contraction dah semakin sakit dan every 5 minutes (memang takleh nak tido), pastuh dengan memikirkan macam-macam. kol 4 pagi nurse kejutkan saya nak check degutan jantung baby dan keadaan baby dalam perut. lama gaks la sejam lebih la jugak. pastuh doktor check lagi bukaan kali ni dah 3cm then doktor soh saya balik katil . tapi saya dah tak tahan time ni mmg contraction takleh tahan terasa sakit teramat sangat. doktor soh byk berjalan, tapi bila nak berjalan je sakit dia lain macam je. contraction dah semakin kerap dan semakin sakit, memang takleh tahan tapi terpaksa menahan gaks. Jam 4 pagi nurse dah nak check jantung baby dan keadaan baby dalam perut then doktor check bukaan, at last 3cm waduh lama banget mau ke angka 3 sehh doktor kata nanti tgk lagi sama ada dah buka ke 4cm ke tak.
Rabu 15.12.2010 - Dalam jam 7 .00 am doktor check balik dah buka 5cm. mak aih cepat la plak. then doktor suggest pecahkan air ketuban and terus ke labour room. saya dah cuak and blur time tuh. ye la nak tpon husband lagi nak isi perut lagi, dah la malam semalam mmg tak makan n muntah pagi tadi. mcm na nak meneran kalo takde tenaga. saya terus call husband soh dtg skang juga !!! (dah la tadi dia sms nak g keje hari tu). belum sempat husband sampai nurse dah panggil untuk masuk labour room. time tu saya mmg blur dan tatau nak buat apa sampai air selusuh pun tak di bawa nya masuk. tawakkal je laa... masuk labour room dia check lagi bukaan then masukkan ubat buang air besar pastuh disuruhnya buang air (masa ni still blur dengan situasi ketika itu). contraction semakin kuat n sakit, Ya Allah hanya Kau saja yang tau betapa sakitnya nak bersalin. jam 8.00 am husband still belum sampai, saya tengah menahan kesakitan yang teramat sangat. dalam jam 8.15 am husband pun sampai, saya dah tak fikir pape menahan nafas d an kesakitan aje. memang masa tu antara hidup dan mati. then doktor pakar masuk check bukaan saya dah 7cm dan dah boleh push. bidan pun inform mcmna cara nak meneran sume bagai. masa tu saya antara dengar tak dengar apa orang sekeliling cakap. dengan sekali nafas dan sekali meneran kepala baby keluar (mmg sakit gile) dan seluruh badan nya pun dengan lancarnya keluar. saya ltatau la mcm na saya meneran yang saya fikir time nak keluarkan baby je biarla apa nak jadi. Alhamdulillah jam 8.51 am MYA DWI KAMILA selamat dilahirkan, hilang segala sakit yang saya rasa dan bila tengok baby depa letak atas perut lagi rasa lega yang teramat sangat. seterusnya pula proses keluarkan uri, darah kotor dan jahit. Alhamdulillah segalanya selesai jam 10.30 am. Selepas besalin saya terasa khayal entah tatau kenapa tapi maybe penat menahan kesakitan kot. tapi memang kesakitan bersalin normal and natural hanya dapat dirasa dan bukannya di cerita. Betul lah kata orang syurga itu di bawah telapak kaki ibu, baru saya sedar betapa sukarnya ibu kita melahirkan kita. kepada sesiapa yang masih ada ibu hormat dan sayangi lah ibu anda. sesungguhnya kesakitan itu adalah satu nikmat yang indah bagi ibu-ibu.


MYA DWI KAMILA BT ZAMBRI








Wednesday, 8 December 2010

sudah tercapai kah ?

My Resolution for 2010, let's check out if these resolution telah tercapai atau tidak

1) To be a good muslim
2) To learn more in cooking
3) do more "derma" to the poor
4) buy a new car - own a new car August 2010
5) live in our new house - officially June 2010
6) reduce weight - - posponed to next year (mcm na nak reduce dah ter-pregnant he he)
7) ready to have a baby again - in process to deliver my 2nd baby
8) vacation at overseas - posponed to 2011
9) serious in side income business - in process building up fb & blog appleblu collections
10) be more serious in work

* The others are more to general so will keep it as next year resolution. Rasanya mostly tercapai kan!! alhamdulillah. will prepare for 2011 resopution soon.

Friday, 3 December 2010

Counting days begin.....
tinggal beberapa hari lagi saya akan melahirkan anak, due pada 13 disember 2010 tapi tak tau la baby dalam perut ni nak keluar cepat ke lambat. orang kata dah ada pengalaman mengandung dan bersalin sulong so tak perlu risau sangat. tapi 2nd pregnancy ni lagi risau kot. debar makin terasa tak tau sakit nya kat mana dan mcm mana dan berapa lama. officemates pagi-pagi telefon erna ada lagi, bila nak bersalin nye? uikss

Eka laks sejak akhir ni macam tau-tau je adik dia nak keluar, asal saya sampai pintu rumah aje terus cakap "mamah jom tengok gambar baby nak" sambil berlari ke bilik ambil album gambar dia masa baby dulu. tak sudah lepas tu ajak saya tegok video dia masa baby sampai la dia puas. malam pulak tidur mencari-cari mamah dia.hmm...rasa baru semalam jek mengandungkan eka, dah besar anak sulong saya. tatau la hidup mamah tanpa eka

anak sulong saya yang semakin aktif dan becok

Malam tadi perut memulas-mulas rasa nak muntah pun ada. tetiba masuk keluar tandas buang air besar banyak kali la gaks. mak mertua pun dah berdebar dan dia pun sama keluar masuk bilik air. hati dah risau dan dalam hati ni dah fikir saya akan bersalin ke malam ni? so untuk memujuk hati yang sedang berdebar ni bacalah surah-surah yang berkaitan. Pagi bangun sakit-sakit malam tadi sudah hilang, so pergi kerja seperti biasa dan seperti biasa officemates akan menjenguk sama ada saya sudah deliver ke tak

Friday, 26 November 2010

Cream Of Mushroom Soup

Last week pegi Jusco Balakong cari bahan-bahan nak try masak cream mushroom sup, tetiba teringin nak makan dan 1st time ni nak buat benda ni. biasa nye order je kat kedai dan harganya yang agak mahal. So better try buat sendiri, mana tau menjadi. So bahan-bahan yang diperlukan seperti di bawah:


2 lit Chicken Stock/ water
200ml Cooking Cream/Susu Low Fat
1 tbsp Garlic- Chiopped
80g Onion - sliced
100g Celery - peeled skin /sliced
100g Shitake Mushroom- sliced
100g Oyster Mushroom- sliced
100g Button Mushroom- sliced
80g Portion Butter (suggest anchor or fernleaf)
1 tbsp Chicken Seasoning Powder
Garam untuk merasa

Directions


1) Heat up the butter, saute chopped garlic, onion, celery and add all the mushroom, the saute till golden brown.
2) Add water or chicken stock, let it boil and simmer for 15 minutes.
3) Add cooking cream,lemon juice and keep stirring. lastly adjust seasoning with salt .
4) Remove from the stove let it warm and put in the electric blender.
5) Blend till fine then reheat again in soup pot.
6) Ready to serve with chopped parsley and serve with Garlic bread.


For the first time saya try resepi ni, alhamdulillah menjadi tapi ada sedikit masin terlebih garam kot he he, malam tu kami bertiga dinner makan roti cicah cream mushroom ni sampai kekenyangan. husband pun puji saya, kembang la sekejap, so kepada yang nak mencuba sila lah try baut sendiri baru puas hati. Selamat mencuba !!

Thursday, 18 November 2010

Hanyut – Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Tetiba nak layan lagu hanyut by faizal tahir berulang kali. rasa ada kena dengan jiwa dan rasa lirik dia dekat sangat di hati saya mari layan...

Thursday, 11 November 2010

Kekuatan Ini

Sejak awal tahun hinggalah hujung tahun 2010 nih banyak sangat dugaan yang saya lalui. ikutkan rasa nak give up pun ada. tapi saya tau yang ianya adalah rencah kehidupan yang harus dihadapi dengan kekuatan dan ketabahan. Saya bersyukur sangat-sangat kerna masih diberi kekuatan bagi mengharungi kesemua dugaan itu. Kalau nak diceritakan di sini memang tak cukup, tapi biarlah ianya menjadi titik permulaaan untuk saya berubah kepada yang lebih baik.


Alhamdulillah kehidupan yang saya lalui kini semakin bahagia dan kegembiraan itu mula menjelma. Moga hujung tahun 2010 ini memberikan sinar padaku hidup saya dengan kehadiran orang baru tak lama lagi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas di atas perbuatan siapa-siapa yang pernah menyentuh hati saya dan membuatkan hati ini terluka. Dan saya sangat bersyukur padaMu kerna menjadi insan terpilih untuk mengharungi dugaan yang Kau telah tetapkan untukku. Kini, semakin hari semakin saya kuat untuk menghadapi segala apa jua yang akan menerjah  masuk di sepanjang perjalanan kehidupanku. Semangat ku kian tinggi untuk meneruskan liku-liku kehidupan yang Kau tuliskan untukku. Ya Allah Kau perteguhkan iman ku untuk aku cekal dan terus menjadi seorang yang tabah, amin...